Hoki Trofi Juara-Juara Asia: Malaysia Layak Ke Separuh Akhir - Sukan Ekstra | mStar

Hoki Trofi Juara-Juara Asia: Malaysia Layak Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 11:59 PM

Pemain-pemain negara meraikan kemenangan sekaligus layak ke separuh akhir Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Kuantan pada Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Malaysia menjadi pasukan pertama melangkah ke separuh akhir selepas menumpaskan Jepun 7-2 pada pusingan awal Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 di Stadium Hoki Kuantan, di sini, Ahad malam.

Malaysia menduduki persada carta enam pasukan itu dengan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan dengan mengutip maksimun sembilan mata, diikuti India dengan tujuh mata.

Skuad bimbingan Stephen Van Huizen membuka kempen dengan mengalahkan juara bertahan, Pakistan 4-2 dan menewaskan China 5-1.

Pada perlawanan malam ini, skuad negara terus memperagakan aksi konsisten dan menyakinkan apabila Aiman Nik Rosemi membuka tirai jaringan pada minit ke-23 menerusi jaringan padang sebelum Rashid Baharom menambah jaringan kedua empat minit kemudian menerusi percubaan sama.

Malaysia menguasai perlawanan dengan Nabil Noor mengukuhkan kedudukan dengan jaringan minit ke-33, diikuti Faizal Saari pada minit ke-37 dan 59, Firhan Ashari (minit ke-44) dan Fitri Saari pada minit ke-58.

Namun, semangat kental pemain Jepun tidak mahu mengalah apabila melakukan serangan kilat untuk mencipta gol pertama pada minit ke-59, hasil pukulan sudut penalti oleh Kenji Kitazato.

Seminit kemudian, Kenta Tanaka pula berjaya membantu menambah gol kedua Jepun menerusi jaringan padang.

Malaysia akan berdepan dengan India pada Rabu ini dan akan melengkapkan jadual pusingan awal dengan menentang Korea Selatan, pada hari berikutnya.

Jepun pula tercorot dalam saingan tanpa sebarang mata apabila tewas dengan India 10-2, China 2-1 dan Malaysia 7-2.

Jadual perlawanan: 

Isnin: Korea Selatan lwn China - 6.30 petang

Selasa:
Pakistan lwn Jepun - 6.30 petang
India lwn China - 8.30 malam 

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan