Bajet 2017: RM1.2 Bilion Bagi Pembangunan Sukan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 8:17 PM

Wira Paralimpik negara (dari kiri) Abdul Latif Romly, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Mohamad Ziyad Zolkefli dan Siti Radiah Ismail turut hadir bagi mendengar Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Jumaat. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sektor sukan terus mendapat perhatian kerajaan dengan penyediaan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion bagi tujuan pembangunan sukan negara tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada Jumaat berkata peruntukan itu termasuk RM450 juta yang dikhususkan bagi penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean Kesembilan, sebagai tuan rumah.

Selain itu, sebanyak RM70 juta turut diperuntuk bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke pertandingan antarabangsa.

Program Podium ialah antara lapan inisiatif di bawah Rangka Kerja Berprestasi Tinggi melibatkan atlet elit normal dan paralimpik.

"Kita amat bangga atas pencapaian kontinjen Paralimpik dan Olimpik. Pertama kali lagu Negaraku berkumandang di Rio de Janeiro, Brazil (menerusi kejayaan tiga pingat emas dan satu pingat gangsa).

"Kontinjen negara telah menamatkan saingan di Sukan Olimpik dengan empat pingat perak dan satu pingat gangsa. Kita ucapkan syabas dan setinggi tahniah kepada jaguh-jaguh Sukan Olimpik negara," kata Najib.

Atlet negara di Sukan Paralimpik meraih tiga emas iaitu dalam acara olahraga menerusi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (acara 100m T36), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh lelaki T20) dan sebutir gangsa oleh Siti Noor Radiah Ismail (lompat jauh wanita T20).

Sukan Olimpik meraih empat pingat perak menerusi tiga acara badminton yang disumbangkan Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki; Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran); Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki); acara terjun oleh Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong; dan pingat gangsa oleh Azizulhasni Awang (berbasikal).

Pada pembentangan itu, pemenang pingat Sukan Paralimpik Rio yang turut berada di dalam Dewan Rakyat, menerima kata-kata penghargaan Najib dan sorakan gemuruh daripada anggota Parlimen atas kejayaan luar biasa mereka di Rio.

Najib turut mengumumkan RM54 juta bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.

Bagi pembangunan bola sepak, sebanyak RM50 juta disalurkan untuk pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang dan RM122 juta untuk membina dan menaik taraf fasiliti sukan termasuk Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia dan Kompleks Sukan Komuniti. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Bajet 2017 , pembangunan sukan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan