Bajet 2017: MSN Guna Peruntukan Secara Berhemah

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 8:03 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suntikan bajet sebanyak RM54 juta untuk persiapan atlet normal dan para menghadapi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN ternyata melegakan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam memastikan semua perancangan berjalan lancar dan mencapai sasaran.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, peruntukan yang diberikan itu akan digunakan secara berhemah mengikut situasi semasa.

"Kami di MSN merakamkan terima kasih di atas pengumuman bajet tersebut dan akan membuat sedikit pengubahsuaian terhadap perancangan program latihan dengan memberi lebih tumpuan kepada sukan yang berpotensi menyumbang pingat, sekali gus membantu mencapai sasaran untuk bergelar juara keseluruhan Sukan SEA dan naib juara Sukan Para ASEAN.

"Kita juga berharap dengan perkembangan prestasi sukan negara ketika ini, pendekatan lautan biru akan menjadi asas kepada perlaksanaan program latihan bukan sahaja sesama agensi kerajaan malahan juga penglibatan pihak swasta untuk bersama-sama kita membangunkan sukan di negara kita ini," jelasnya kepada mStar Online selepas Bajet 2017 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Pada pembentangan tersebut, Najib mengumumkan penyediaan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion bagi tujuan pembangunan sukan negara tahun depan termasuk termasuk RM450 juta yang dikhususkan bagi penganjuran Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean Kesembilan.

Selain itu, sebanyak RM70 juta turut diperuntuk bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke pertandingan antarabangsa.

Najib turut mengumumkan RM54 juta bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.

Bagi pembangunan bola sepak, sebanyak RM50 juta disalurkan untuk pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang dan RM122 juta untuk membina dan menaik taraf kemudahan sukan termasuk Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia dan Kompleks Sukan Komuniti.

Tags / Kata Kunci: Bajet 2017 , MSN , Datuk Ahmad Shapawi Ismail

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan