Rayuan Penggantungan: Sazali Disaran Dapat Surat Sokongan

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 1:31 PM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Johor menasihatkan jaguh bina badan negara Sazali Samad agar mendapat surat sokongan daripada Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia untuk merayu terhadap penggantungannya selama empat tahun.

Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata pihaknya mahu menasihatkan Sazali agar mengunakan saluran betul bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapinya dan beraksi semula.

"Kita di peringkat negeri telah mengeluarkan surat sokongan meminta agar Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) mempertimbangkan untuk mengurangkan hukuman penggantungan terhadap Sazali, namun beliau perlu membuat rayuan menerusi majikan dan badan sukan yang mewakilinya," katanya kepada pemberita disini pada Isnin.

Ayub berkata pihaknya berharap PBBM akan mempertimbangkan rayuan yang akan dikemukakan oleh atlet berasal dari Batu Pahat itu memandangkan Sazali merupakan ikon sukan bina badan negara dan juga ikon sukan negeri Johor.

"Saya sendiri ada berbincang dengan Sazali mengenai perkara ini dua bulan lepas dan berharap beliau akan mengemukakan rayuan menerusi saluran yang betul selepas ini," katanya.

Ayub yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor berkata pihaknya memandang serius kesalahan atlet mengambil bahan terlarang dan menasihatkan atlet agar berhati-hati dalam mengambil makanan tambahan.

Pada 21 Dis tahun lepas,  PBBM menjatuhkan hukuman gantung empat tahun keatas Mr Universe sebnyak 10 kali itu selepas gagal dalam ujian doping yang dijalankan oleh Agensi Ujian Antidoping Malaysia (Adamas) sebelum menyertai Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia 2015 di Tashkent, Uzbekistan dari 29 September hingga 5 Oktober tahun lepas.

Sebelum ini pada Jahuari, Sazali menghantar surat rayuan kepada PBBM namungagal dan beliau dikatakan akan mengemukakan rayuan kedua dalam masa terdekatini.  

Sazali memenangi gelaran Mr Universe di Melaka pada 2000; Moscow (2004);Ostrava, Republik Czech (2006); Pulau Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai (2009);Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok (2012); Budaors, Hungary (2013);dan Mumbai, India (2014).

Dalam perkembangan lain, Ayub berkata Johor masih menjadi negeripenyumbang kepada kelahiran atlet bina badan dan angkat berat negara.

"Menerusi beberapa kejohanan yang diadakan, kita berjaya mencungkil ramaibakat baru dalam sukan bina badan mahupun angkat berat yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan dunia.

"Kebanyakan atlet muda di Johor lahir daripada gimnasium persendirian danpersatuan negeri akan terus memberi sokongan terhadap usaha ini," katanya.

Ayub berkata beliau memuji inisiatif murni Sazali menubuhkan akademi bina badan bagi melahirkan lebih ramai atlet bina badan negara pada masa akan datang memandangkan sukan tersebut semakin mendapat tempat di hati golongan remaja.

Sementara itu beliau berkata beliau melihat perkembangan sukan baharu iaitu 'Lelaki Perkasa' kian menjadi tumpuan minat generasi muda khusus di Johor.

"Format pertandingan kejohanan Lelaki Perkasa sama seperti acara bina badan, cuma pesertanya memakai seluar Jeans  atau berseluar panjang da nberkonsepkan patuh syariah apabila peserta dikehendaki menutup aurat ketika beraksi," katanya.  

Beliau berkata pihaknya menyambut baik kejohanan tersebut dan berharap acara tersebut mampu berkembang ke peringkat antarabangsa satu hari nanti. -Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan