Penembak Buta Malaysia Menang Gangsa

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 9:25 PM

Kredit gambar THONEH.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penembak buta negara, Mejar Azhari Abdullah meraih pingat gangsa manakala ASP Amir Abdullah menduduki tangga ke-10 kejohanan berprestij Piala Ostrava di Republik Czech dari 15-18 September lepas.

Kedua-dua penembak dari Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia (MBSA) ditaja Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn (THONEH) untuk melakukan penampilan pertama pada kejohanan anjuran negara Eropah Tengah itu.

"Ini adalah kali pertama Malaysia menghantar dua penembak dari MBSA ke kejohanan antarabangsa berprestij itu," kata Presiden MBSA yang juga Pengerusi Persekutuan Sukan Orang Buta Antarabangsa (Asia), Dr S. Radhakrishnan dalam kenyataan di sini Isnin.

"Kami berbesar hati dengan penajaan daripada THONEH dan menghargai sumbangan mereka dalam menyokong atlet buta," katanya.

Piala Ostrava adalah kejohanan menembak antarabangsa yang dianjurkan Kelab Sukan Polis Ostrava untuk atlet buta dan cacat penglihatan.

Pengurus Besar THONEH Dr Norasidi Salim Al-Haj berkata hospital itu menaja pakaian atlet, tiket penerbangan dan tempat tinggal, selain peranti baru sasaran untuk pertandingan tersebut. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: penembak buta , Piala Ostrava

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan