Aksi KJ Dalam Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016 Curi Tumpuan

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 11:06 PM

Khairy (kanan) yang mewakili pasukan Jogo Polo dan rakan sepasukannya Toh Muda Rizal Ramli (Jejai). fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Aksi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016 pada Rabu menarik perhatian para peminat sukan polo di Kelab Equestrian Putrajaya.

Khairy merupakan seorang daripada empat pemain dalam pasukan Jogo yang menewaskan pasukan Amax Polo 8-4.

Ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan, Khairy menyifatkan perlawanan berkenaan sebagai sengit namun berpuas hati dengan corak permainan memandangkan ia merupakan kali pertama keempat-empat pemain pasukan Jogo beraksi sebagai satu pasukan.

"Selepas Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016, ada tiga atau empat kejohanan lagi sebelum Sukan SEA 2017 berlangsung.

"Tujuh daripada 12 pemain yang beraksi dalam Kejohanan Polo Terbuka Malaysia ini merupakan pemain yang disenarai pendek untuk Sukan SEA 2017," katanya.

Khairy merupakan seorang daripada pemain yang berada dalam senarai pendek skuad polo berpasukan negara bagi Sukan SEA 2017.

Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016 berlangsung di Kelab Equestrian Putrajaya mulai 10 hingga 23 Oktober depan.

Tujuh kumpulan bertanding dalam kejohanan kali ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan