Urus Ganjaran Kejayaan Dengan Baik - KJ

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 4:48 PM

Khairy (dua dari kanan), SM Nasarudin (kanan) dan Tun Jeanne Abdullah (dua dari kiri) bersama pemenang pingat Paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi , Abdul Latif Romly , Siti Noor Radiah Ismail dan Muhammad Ziyad Zolkefli bergambar bersama kereta KIA Sportage yang disumbangkan Naza Corporation Holding at Menara Naza, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengingatkan empat pemenang pingat pada Sukan Paralimpik Rio 2016 supaya bijak menguruskan insentif dan ganjaran yang diterima susulan kejayaan di Brazil, baru-baru ini.

"Urus kejayan anda. Jangan sehingga kejayaan itu mengaburi mata anda pada kejayaan yang akan datang.

"Ini adalah satu insentif yang kita bagi daripada kerajaan, syarikat Naza dan sebagainya tetapi jangan sehingga kejayaan itu tidak dapat diuruskan dengan baik.

"Sentiasa ingat daripada mana anda datang. (Muhammad Ziyad Zolkefli) Ziyad ingat lagi, perit jerih jual kuetiaw, jangan lupa cerita itu. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (Ridzuan) ingat macam mana dapat kasut pertama. Jangan bila dah berjaya, dah jadi selebriti, anda lupa dari mana anda datang. Sentiasa ingat itu," katanya.

Khairy berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan ganjaran bernilai hampir RM1.5 juta daripada Naza Corporation Holdings (Naza) kepada empat pemenang  pingat Sukan Olimpik Rio 2016 di Naza Tower di sini Isnin.

Terdahulu, tiga pemenang pingat emas, Mohamad Ridzuan, Muhammad Ziyad dan Abdul Latif Romly masing-masing menerima seunit suite kediaman di Trion 888, Equine Park dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Sportage berharga RM121,888 dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

Pemenang pingat gangsa acara lompat jauh wanita kategori T20 (masalah pembelajaran) Siti Noor Radiah Ismail pula menerima ganjaran sebuah kereta model Kia Rio Sedan bernilai RM72,888 dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

Pada masa sama, Khairy turut menasihatkan keempat-empat atlet tersebut supaya terus melakarkan kejayaan pada masa depan.

"Jangan terhenti di sini sahaja, Ridzuan lari dengan lebih pantas lagi. Ziyad janji kepada saya 17 meter pada kejohanan selepas ini. 

"Latif lepas ini Sukan SEA, anda perlu menang atasi rekod kebangsaan. Radiah teruskan kalau kali ini pingat gangsa, di Tokyo akan datang pingat emas dalam genggaman," katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, empat atlet Paralimpik wajar menjadi ikon rakyat Malaysia kerana usaha mereka dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa walaupun berdepan halangan berbanding atlet normal.

"Mereka mempunyai kisah tersendiri untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia. Mereka juga jadi inspirasi kepada semua bahawa tiada apa yang mustahil dan anda melakukan kejayaan ini dengan hati yang ikhlas," kata Khairy.

Selain ganjaran daripad Naza, Abdul Latif dan Muhammad Ziyad Zolkefli turut menerima insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) berjumlah RM1.05 juta setiap seorang.

Sementara itu, Mohamad Ridzuan pula menerima insentif berjumlah RM1.02 juta, manakala Siti Noor Radiah membawa pulang RM300,000 dengan insentif tambahan daripada Kementerian Belia dan Sukan.




iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan