Naza Hargai Wira Paralimpik

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 3:06 PM

Tun Jeanne bersalaman dengan wira Paralimpik, Mohamad Ridzuan yang menerima Kia Sportage daripada Naza, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naza Corporation Holdings (Naza) menyampaikan ganjaran berjumlah hampir RM1.5 juta kepada tiga pemenang pingat emas dan satu gangsa pada temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil bulan lalu.

Tiga pemenang pingat emas, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli  dan Abdul Latif Romly masing-masing menerima seunit suite kediaman di Trion 888, Equine Park dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Sportage berharga RM121,888 dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

Kediaman suite yang dibangunkan oleh bahagian hartanah Naza Corporation Holdings, iaitu Naza TTDI Sdn Bhd berharga RM350,000 seunit. 

Ia berkeluasan 450 kaki persegi dan mempunyai kemudahan lengkap seperti kolam renang, bilik serbaguna, gimnasium, bilik persalinan, lif, kemudahan dobi dan surau.

Projek itu dijangka siap pada akhir 2017.

Pemenang pingat gangsa acara lompat jauh wanita kategori T20 (masalah pembelajaran) Siti Noor Radiah Ismail pula menerima ganjaran sebuah kereta model Kia Rio Sedan bernilai RM72,888 dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

Ganjaran tersebut disampaikan Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif Naza Corporation Holdings, SM Nasaruddin SM Nasimuddin.

Khairy menyerahkan kediaman suite secara simbolik kepada Abdul Latif sambil diperhatikan Nasaruddin pada majlis yang berlangsung Isnin.

SM Nasaruddin berkata keempat-empat atlet luar biasa ini layak menerima ganjaran tersebut kerana prestasi menakjubkan mereka pada temasya di Rio kali ini.

"Saya amat gembira dan berbangga kerana kejayaan ini merupakan pencapaian terbesar dalam sejarah sukan Paralimpik negara.

"Sebagai wakil Naza dan selaku Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, perasaan bangga yang saya rasai amat berlainan sekali kerana saya diberi peluang memberi penghargaan kepada individu yang menakjubkan," katanya pada majlis penyerahan sumbangan kepada empat pemenang pingat Sukan Paralimpik Rio 2016 di sini Isnin.

Pada masa sama, Naza turut memberikan ganjaran kepada tiga jurulatih kontinjen Paralimpik, Jaganathan Ramasamy, Mohd Faizol Harun dan Mohd Syahrul Amri Mohd Suhaimi bagi menghargai usaha dan semangat mereka dalam melatih atlet istimewa ini sehingga menjadi seorang juara.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penaung Majlis Paralimpik Malaysia, Tun Jeanne Abdullah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan