KBS Harap Peruntukan Lebih Besar Untuk Program Podium

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 6:59 PM

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (empat, kiri) bergambar bersama penaja dan pemain jemputan perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asics 2016 Ahad. Turut kelihatan Pengarah Pemasaran ASICS Asia Pte Ltd, Kenji Oh (lima, kiri). Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap kerajaan dapat memberikan peruntukan yang lebih besar untuk Program Podium dalam pembentangan Bajet 2017, 21 Oktober ini.

Katanya Program Podium adalah inisiatif jangka panjang yang disusun rapi untuk memastikan atlet negara mencapai kecemerlangan di pentas dunia termasuk pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sebagai rekod, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima peruntukan sebanyak RM75 juta untuk Program Podium dalam Bajet 2016.

Selain itu, RM145 juta untuk persediaan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Sea 2017 dan Sukan Para Asean 2017 serta pembinaan dua kompleks sukan baharu bernilai RM22 juta masing-masing di Bagan Datoh, Perak dan Kuantan, Pahang.

"Jadi tidak boleh ada pemotongan kepada perbelanjaan Program Podium. Kita (juga) mesti ada peruntukan yang cukup untuk Program Kita Juara untuk Sukan Sea dan Sukan Para Aean 2017," katanya.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada perlawanan akhir Cabaran Badminton Asics yang berlangsung sejak Jumaat lepas sempena Hari Sukan Negara.

Selain Program Podium, Khairy berkata kementerian juga memerlukan peruntukan untuk aktiviti lain seperti program Hari Sukan Negara, Fit Malaysia, Liga Sukan untuk Semua dan sebagainya.

Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan sedia menimbang untuk tuk menambah peruntukan bagi sukan dalam Bajet 2017 supaya pembangunan bidang itu dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.

Dalam perkembangan lain, Khairy memaklumkan kementeriannya melepasi sasaran penyertaan tujuh juta rakyat Malaysia pada Hari Sukan Negara 2016 (HSN2016) yang diadakan tahun ini.

"Setakat ini dengan jumlah program 20,529, saya boleh umumkan kita telah melepasi sasaran tujuh juta, dan ini tidak termasuk penglibatan pelajar di peringkat sekolah yang dijayakan bersama Kementerian Pendidikan," katanya.

Khairy berkata 103 perwakilan Malaysia di luar negara telah menjayakan Hari Sukan Negara kecuali di Hong Kong kerana masalah cuaca. 

"Kita masih mengumpul data daripada kesemua penganjur daripada setiap negeridan jumlah muktamad akan kita umumkan dalam sehari dua ini apabila kita dapat laporan daripada kesemua Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang ditugaskan untuk buat pemantauan di peringkat negeri," katanya.

Sekretariat Hari Sukan Negara, katanya, akan mengumpul maklumat balas daripada orang ramai termasuk di media sosial bagi menjalankan kajian untuk menambah baik program seumpama itu tahun depan. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan