Doping: Pemantauan Rapi Menjelang Sukan Sea 2017

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 5:39 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Institut Sukan Negara (ISN) dan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) diminta memantapkan lagi pemantauan terhadap penggunaan bahan terlarang ke atas atlet negara menjelang Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. 

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang kecewa dengan penggunaan bahan terlarang sejak kebelakangan ini, menegaskan agensi di bawah kementeriannya perlu menjalankan ujian rawak secara lebih kerap bagi memastikan penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet negara ini dapat dibendung.

"Kalau kita terpaksa hantar sampel yang banyak untuk diuji dengan pendekatan ujian rawak ini, saya rasa lebih baik kita buat sekarang daripada menerima keputusan positif di Sukan Sea 2017 nanti. Kalau mereka akhirnya menang pingat, pingat itu akan ditarik balik," katanya. 

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada perlawanan akhir Cabaran Badminton Asics di sini, Ahad.

Dalam perkembangan sama, Khairy memaklumkan kewujudan makmal doping di Bukit Jalil yang dicadangkan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menelan kos yang tinggi dan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Jadi, buat masa ini kita masih lagi terpaksa hantar sampel terlibat ke (makmal) di Thailand atau India. 

"Saya harap satu hari nanti, kita dapat diberi peruntukan untuk membangunkan makmal yang satu ketika dulu diiktiraf Agensi Anti-Doping Antarabangsa (WADA) di USM (Universiti Sains Malaysia)," katanya.

Malaysia pernah mewujudkan makmal anti doping yang berpusat di USM, Pulau Pinang pada 1998 namun pada 2010 makmal tersebut terpaksa dihentikan operasi kerana tidak menepati akreditasi yang ditetapkan WADA. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukan Sea , Doping , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan