Nafiizwan Mara Ke Undian Utama Terbuka AS

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 2:14 PM

Mohd Nafiizwan Adnan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain utama lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan mara ke undian utama kejohanan skuasy Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Raphael Kandra di pusingan kedua kelayakan pada Jumaat.

Menurut laman web rasmi kejohanan www.usopensquash.com, Nafiizwan hanya mengambil masa 45 minit untuk menjinakkan pemain Jerman itu 12-10, 11-8, 11-6 di di Kelab Kriket Philadelphia.

Nafiizwan akan menentang Miguel Angel Rodriguez dari Colombia dalam aksi pusingan pertama pada pukul 3 petang Sabtu waktu tempatan (3 pagi Ahad waktu Malaysia).

Turut akan turun ke gelanggang adalah ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang akan menentang Line Hansen dari Denmark (6.30 petang Sabtu waktu tempatan) manakala Delia Arnold berdepan Camille Serme dari Perancis pada Ahad.

Bagaimanapun, Low Wee Wern dan Ivan Yuen gagal mara ke undian utama selepas masing-masing tewas kepada Salma Hany Ibrahim dari Mesir, 9-11, 5-11, 11-3, 5-11 dan Henrik Mustonen dari Finland 11-2, 7-11, 9-11, 11-8, 11-8, di pusingan kedua kelayakan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan