TSG Senarai Anuar Manan

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 9:20 PM

Anuar Manan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba pecut negara, Anuar Manan disenaraikan semula oleh Terengganu Cycling Team (TSG) untuk latihan fasa kedua skuad lebuh raya negara bagi Program Kita Juara Sukan SEA 2017.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaskan, selain pelumba veteran berkenaan, dua lagi pelumba iaitu Mohamad Farid Razali dari Kelantan dan pelumba Selangor, Muhammad Aele Shafri Rusli turut disenaraikan dalam latihan fasa kedua program berkenaan.

Ia susulan prestasi cemerlang ditampilkan dua pelumba muda berkenaan pada Kejohanan Berbasikal Sirkit Remaja Kebangsaan di Seremban, baru-baru ini.

"Kita melihat satu kekosongan dalam acara lebuh raya selepas pelumba TSG, Nur Amirul Fakhruddin Marzuki ditukarkan ke dalam acara perlumbaan lepas beramai-ramai individu dan berpasukan...sebab itu kita masukkan nama Anuar Manan.

"Selain itu, Anuar turut mempamerkan beberapa aksi cemerlang dalam kejohanan berbasikal di luar negara. Apapun, kita akan bincangkan perkara ini pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja antara MSN, TSG dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada 10 Oktober ini," katanya.

Ahmad Shapawi berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet ke Sukan SEA 2017 bersama pengurusan PKBM di sini, Selasa.

Media sebelum ini, melaporkan TSG hanya menyenaraikan enam pelumbanya untuk sesi pemilihan atlet ke Sukan SEA 2017, iaitu pasangan adik beradik Mohd Harrif dan Mohd Zamri Saleh, Adiq Husainie Othman, Mohd Shahrul Mat Amin, Nur Amirul Fakhruddin serta Mohd Saiful Anuar Aziz.

Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi berkata daripada lapan pelumba itu, hanya enam pelumba terbaik daripada latihan fasa kedua dari Oktober sehingga Mac 2017 akan dipilih ke latihan fasa akhir bermula April hingga Ogos 2017.

Pada masa sama, beliau memaklumkan lima pelumba turut dipilih untuk latihan fasa kedua acara perlumbaan lepas beramai-ramai individu dan berpasukan, namun hanya empat pelumba terbaik diberi peluang mewakili negara.

Lima pelumba berkenaan ialah pasangan kembar Muhammad Ameen dan Muhammad Ameer Ahmad Kamal, Nur Amirul, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi serta Nik Mohd Azwan Zulkiflie.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shapawi memaklumkan seramai 836 atlet daripada 38 jenis sukan dipilih untuk menyertai latihan fasa kedua Program Kita Juara Sukan SEA 2017 yang bermula awal bulan ini sehingga Mac 2017.

"Jumlah ini adalah hampir 90 peratus daripada atlet yang menjalani latihan fasa akhir pertama Program Kita Juara dan ada juga atlet luar program yang menunjukkan prestasi baik dan kita masukkan nama mereka dalam fasa kedua.

"Atlet terbaik daripada latihan fasa kedua akan disenaraikan ke dalam latihan fasa akhir yang bermula April 2017 sehingga bermulanya Sukan SEA 2017 pada 17 Ogos," kata Ahmad Shapawi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TSG , Anuar Manan , Sukan SEA 2017

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan