KJ Sertai Sukan Sea 2017 - Sukan Ekstra | mStar

KJ Sertai Sukan Sea 2017

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 9:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bakal menyertai Sukan Sea 2017 bagi acara polo berpasukan.

Khairy layak secara merit berdasarkan pemilihan yang dibuat Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA).

Perkara itu diumumkan Presiden Kelab Polo Putra, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada Isnin.

Beliau merupakan salah seorang daripada 12 atlet negara yang disenarai pendek bagi acara berkenaan.

Selain Khairy, pasukan polo negara dianggotai sepenuhnya sebahagian besar pemain profesional yang pernah beraksi di Sukan SEA Korat.

Jika terpilih, beliau mencatat sejarah sebagai menteri Kabinet pertama menyertai temasya sukan.

Sukan Sea Kuala Lumpur akan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos tahun depan.

Sementara itu, Khairy ketika ditemubual menerusi program radio pada pagi Selasa memberitahu beliau kini giat berlatih sebagai persediaan pemilihan pemain bagi acara itu awal tahun depan.






Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Sukan Sea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan