AS Akhiri Kemarau Kejuaraan Piala Ryder

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2016 7:36 AM

Kapten pasukan AS, Davis Love (bertopi hitam) dikelilingi oleh pemainnya ketika meraikan kemenangan merangkul Piala Ryder di Kelab Golf Kebangsaan Hazeltine di Minnesota pada 2 Oktober 2016. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

Amerika Syarikat menamatkan dominasi Eropah apabila merangkul kejuaraan golf, Piala Ryder yang kali terakhir dimenangi pada 2008.

Pemain muda AS, Ryan Moore mengesahkan kemenangan apabila menewaskan bintang England yang mewakili Eropah, Lee Westwood pada tiga lubang terakhir.

Pasukan AS yang diketuai Davis Love menguasai kejohanan edisi ke-41 itu sejak hari pertama, tampil dengan lebih bertenaga dalam acara individu apabila pemain harapan negara itu, Patrick Reed, Rickie Fowler, Brandt Snedeker dan Brooks Koepka menyumbang mata berharga pada hari terakhir kejuaraan tersebut.

Kelebihan beraksi di hadapan kira-kira 50,000 penyokong sendiri ternyata memberi kelebihan besar buat pasukan AS untuk mencatat kemenangan bergaya 17-11 selepas tiga hari bertarung melibatkan kategori foursome, fourball dan individu.

Sebelum ini, pasukan Eropah memenangi Piala Ryder selama tiga edisi berturut-turut pada 2010, 2012 dan 2014.




Tags / Kata Kunci: Piala Ryder

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan