Atlet Paralimpik Rio Terus Diberi Penghargaan

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 7:00 AM

Lo (kiri) menyampaikan penghargaan kepada Mohamad Ridzuan (tengah) yang memenangi pingat emas acara 100 meter pada Malam Penghargaan Kontijen Paralimpik anjuran Tune Talk di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan malam Sabtu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil terus menerima penghargaan selepas mengharumkan nama negara pada temasya berprestij itu - kali ini menerusi syarikat telekomunikasi Tune Talk.

Tiga pemenang pingat emas iaitu Muhammad Ridzuan Puzi, Muhammad Ziyad dan Abdul Latif Romly masing-masing menerima tajaan perkhidmatan Tune Talk secara percuma seumur hidup dan sebuah telefon pintar Sambung S7 Edge.

Pemenang pingat gangsa Siti Noor Radiah Ismail pula menerima tajaan perkhidmatan Tune Talk secara percuma untuk tiga tahun serta sebuah telefon pintar yang sama.

Sementara itu, semua atlet Paralimpik yang mewakili negara pada temasya itu juga menerima tajaan perkhidmatan Tune Talk secara percuma selama setahun.

Penajaan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk Jason Lo pada majlis di sini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah serta bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lo dalam ucapannya berkata Tune Talk telah menyokong arena sukan Paralimpik sejak kejohanan Para Asia di Incheon, Korea Selatan.

"Masyarakat Malaysia akhirnya telah sedar bahawa kita mampu untuk menghasilkan kumpulan atlet luar biasa yang boleh memartabatkan negara," katanya.

Beliau menjelaskan langkah penajaan itu adalah sebahagian daripada komitmen jangka masa panjang Tune Talk kepada atlet luar biasa negara.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan