Ziyad Kembali Berlatih Hujung Bulan Depan

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2016 1:16 PM

Muhammad Ziyad Zolkefli.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio, Muhammad Ziyad Zolkefli dijadual menyambung latihan intensif penghujung Oktober atau awal November ini sebagai persediaan bagi menghadapi beberapa kejohanan utama tahun depan.

Antara kejohanan utama tahun depan ialah Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2017 di London, England dari 14-23 Julai dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dari 17-23 September lalu.

Jurulatih lontar peluru paralimpik, Mohd Faizol Harun menjelaskan beliau mahu memberi peluang kepada Muhammad Ziyad merehatkan diri setelah bertungkus lumus menjalani latihan intensif sebelum ke Brazil.

"Saya sudah merancang program latihan untuk dia cuma bergantung kepada dia memandangkan dia kini banyak terlibat dengan majlis penghargaan pemenang pingat Sukan Paralimpik Rio dan bakal menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat," katanya.

"Saya bagaimanapun akan mengubah bentuk program kerana tidak mahu memberi tekanan kepada dia dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi mana-mana kejohanan pada tahun depan," katanya.

Mohd Faizol menjelaskan Muhammad Ziyad, 26, dijangka menyertai beberapa kejohanan olahraga tempatan awal tahun depan, namun fokus utama terarah kepada Kejohanan Dunia di London.

Untuk rekod, Muhammad Ziyad meraih pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Dunia 2013 di Lyon, Perancis sebelum meraih gangsa pada kejohanan sama, tahun lepas di Doha, Qatar.

"Sekiranya Majlis Sukan Negara mempunyai bajet yang lebih, kita berhasrat menghantar Muhammad Ziyad untuk menjalani latihan intensif di luar negara.

"Saya juga menyasarkan Muhammad Ziyad dapat memperbaiki catatan peribadi yang dicipta... mungkin 17.2 atau 17.6 meter," jelas Mohd Faizol, yang sudah enam tahun membimbing atlet berkenaan.

Untuk rekod, Muhammad Ziyad, menyumbang pingat emas kedua untuk kontinjen negara dalam acara lontar peluru dengan catatan rekod baharu dunia iaitu 16.84 meter pada Sukan Paralimpik Rio, 10 September lepas.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan