Boling Asia: Shalin Di Landasan Terbaik Rebut Pingat

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 11:37 PM

Shalin Zulkifli.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain berpengalaman negara, Shalin Zulkifli berada di landasan terbaik untuk aksi merebut pingat apabila menamatkan saingan di tempat ketiga dalam blok pertama acara Masters wanita pada Kejohanan Boling Asia ke-24 di Pusat Boling SCAA, Hong Kong, Selasa.

Pemain berusia 38 tahun yang menjadi pemain profesional sejak 2008, melakukan 1,791 jatuhan pin, demikian menurut laman web kejohanan www.atbc2016-hk.com.

Baek Seung Ja dari Korea Selatan mendahului aksi blok pertama selepas mencatat 1,853 jatuhan pin, manakala ketinggalan 13 pin adalah pemain Singapura  Joey Yeo yang merekodkan 1,840 jatuhan pin.

Dalam divisyen lelaki, tiga pemain Malaysia - Timmy Tan (1,774 jatuhan pin), Syafiq Ridhwan Abdul Malek (1,758) dan Rafiq Ismail (1,727) - gagal menempatkan diri dalam aksi merebut pingat selepas masing-masing menamatkan saingan di kedudukan kelapan, kesembilan dan ke-10.

Dua pemain Jepun, Shogo Wada dan Tomoyuki Sasaki mengakhiri cabaran blok pertama di kedudukan teratas dan ketiga selepas masing-masing melakukan 1,882 dan 1,844 jatuhan pin, manakala Michael Mak dari Hong Kong di tempat kedua dengan 1,880 jatuhan pin.

Tiga pemain terbaik dalam divisyen lelaki dan wanita, hari ini terpaksa menunggu keputusan dalam saingan blok kedua pada Rabu kerana tiga pemain yang mencatat mata tertinggi dalam carta kedudukan, akan mara ke perlawanan penentuan pingat.

Selepas lapan hari kejohanan berlangsung, Korea Selatan mendahului dalam carta pungutan pingat dengan tiga emas, empat perak dan dua gangsa, diikuti Hong Kong (3-0-2), manakala Malaysia di tempat ketiga daripada lapan negara yang mengambil bahagian, selepas meraih dua emas, dua perak dan empat gangsa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Shalin Zulkifli , boling asia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan