PTAM Sahkan Belum Terima Surat Doping

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 5:33 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) mengesahkan belum menerima surat daripada Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) berhubung kegagalan seorang pemenang pingat acara tinju dalam ujian doping pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, Julai lepas.

Jurucakap PTAM berkata mereka masih menunggu surat berkenaan yang sepatutnya diterima pada Selasa.

Kes berkenaan, katanya akan dibawa ke mesyuarat exco PTAM dipengerusikan Presiden Tan Sri Isa Samad, setelah mereka menerima surat tersebut sebelum kes pendengaran atlet terlibat dijalankan di hadapan Jawatankuasa Disiplin PTAM.

"Selepas mendengar keterangan daripada atlet berkenaan, baru kita akan memutuskan tindakan selanjutnya, namun setakat ini, kita masih belum menerima  surat berkenaan.

"Kita juga sentiasa berhubung dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes berkenaan dari semasa ke semasa," katanya.

Pada masa yang sama, beliau memberi jaminan pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada Adamas bagi memastikan kes berkenaan dijalankan dengan telus dan adil.

Ketua Unit Adamas, Nishel Kumar yang dihubungi Bernama pula menegaskan pihaknya hanya bertanggungjawab menjalankan ujian doping, dan sampel atlet terlibat akan dihantar ke makmal di India untuk ujian pengesahan memandangkan Malaysia tidak mempunyai makmal doping yang mendapat pengiktirafan Agensi Anti-Doping Dunia (Wada).

"Keputusan yang kita terima daripada makmal di India sudah kita serahkan kepada MSN untuk tindakan selanjutnya, jadi MSN bertanggungjawab mengeluarkan surat keputusan memandangkan mereka merupakan pemegang hak Sukma," katanya.

Nishel pada sidang media di MSN semalam, mengesahkan empat pemenang pingat pada Sukma Sarawak, gagal dalam ujian doping yang dijalankan Adamas dan surat mengenai keputusan itu akan dihantar kepada persatuan sukan terlibat, Selasa.

Peninju terbabit yang tidak didedahkan nama dilaporkan mengambil bahan terlarang jenis diuretics, selain dua atlet memanah (sibutramine) serta seorang atlet angkat berat (anabolic steroids). - BERNAMA 


Tags / Kata Kunci: Sukma , PTAM , doping

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan