Perlis Tawar Tempat Latihan Atlet OKU

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 5:27 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perlis bersedia dan berbesar hati jika diberi peluang berkongsi kemahiran serta menawarkan tempat latihan secara kondusif kepada pelapis atlet orang kurang upaya (OKU) dari seluruh negara.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata memandangkan negeri itu bakal memiliki sebuah sekolah sukan dilengkapi pelbagai kemudahan tidak lama lagi,  kerajaan negeri berhasrat memberi tumpuan dalam melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.

"Sekolah sukan sedang dalam pembinaan di negeri ini, jadi kita harap kerajaan persekutuan serta Kementerian Belia dan Sukan dapat mempertimbangkan perkara ini dengan serius.

"Kita mungkin boleh sediakan latihan khusus kepada atlet OKU dari seluruh Malaysia memandangkan lokasi sekolah itu di atas bukit dan berhadapan tasik. Ia sangat membantu dalam proses melatih atlet istimewa ini," katanya.

Azlan ditemui pemberita selepas majlis penyerahan replika cek Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Perlis 2016 kepada 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, Selasa.

Azlan menyerahkan dana HSN sebanyak RM242,500 kepada 15 ADUN dan tiga wakil Parlimen untuk pelaksanaan program dan aktiviti sukan di peringkat masing-masing pada 8 Oktober depan.

Katanya kerajaan negeri menyasarkan penyertaan sebanyak 48,000 peserta iaitu 20 peratus daripada rakyat negeri ini dijangka menyertai HSN tahun ini.

Sementara itu, Azlan berkata 11 atlet OKU Perlis akan menjalani latihan intensif di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan, Kuala Lumpur sebagai persediaan menghadapi Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur dari 17 hingga 23 September tahun depan.

Beliau berkata 11 atlet berkenaan merupakan antara penyumbang pingat emas pada Sukan Paralimpik Malaysia ke-18 di Sarawak, yang berlangsung dari 4 hingga 11 Ogos lepas.

"Walaupun saiz negeri ini kecil, Perlis membuktikan rakyatnya berjiwa besar dan mampu melahirkan atlet paralimpik berkualiti serta layak menempatkan diri  bagi menjalani latihan intensif menghadapi Sukan Para ASEAN tahun depan.

"Saya harap peluang ini akan membuka ruang ke arah pencapaian lebih besar seperti dikecapi dua wira Perlis, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly pada Sukan Paralimpik di Rio," katanya. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Perlis , Altet OKU

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan