Gua Damai, Hab Peminat Sukan Lasak Lembah Klang

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

BATU CAVES: Minat yang mendalam terhadap aktiviti lasak sejak hampir 20 tahun lalu telah mencetuskan idea buat Mustapha Al-Bakri Omar bagi mencapai impiannya untuk menyediakan sebuah hab utama peminat sukan lasak di sekitar Selangor. 

Taman Ekstrem Gua Damai merupakan Taman Awam yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pengurusan aktiviti oleh Mustapha dan Wira Adventure Consultant. 

Nama Mustapha atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Mus berkata, beliau mula menerokai sukan lasak sejak 1997 dan kini memiliki peluang besar untuk merealisasikan impian tersebut.

Mengimbas kembali pengalaman menguruskan aktiviti di sini, Pak Mus berkata, akvititi lasak yang pertama yang diwujudkan di taman tersebut adalah rock climbing yang popular dalam kalangan peminat sukan lasak.

Sejak itu katanya, beberapa pelbagai kemudahan lain dibangunkan bagi mengembangkan lagi aktiviti lasak lain termasuk sukan basikal lasak, meneroka gua (caving) dan flying fox."Kami juga sedang membina kawasan untuk aktiviti papan luncur dan kasut beroda bagi memeriahkan lagi taman ini.

"Jika tiada sebarang masalah, semua kemudahan tersebut akan siap sepenuhnya pada awal tahun depan," katanya selepas majlis perasmian Program Gua Damai International Base Jump di sini, Selasa.

Acara tahunan yang kesembilan itu berlangsung selama dua hari sehingga Rabu dan merupakan aktiviti pemanas badan sebelum penganjuran acara KL Tower International Base Jump 2016 yang bermula pada 30 September sehingga 3 Oktober ini.

Program ini merupakan anjuran MPS dengan kerjasama Wira Adventure dan mendapat sokongan dari Tourism Selangor.


Sehubungan itu, Pak Mus berkongsi rasa bangga dengan kemudahan yang terdapat di Gua Damai Extreme Park kerana menjadi pilihan utama pelancong luar negara untuk melakukan aksi base jump di Malaysia.

Malah beliau mengalu-alukan orang ramai untuk merasai pengalaman aktiviti lasak yang disedikan di taman tersebut, lebih-lebih lagi apabila semua kelengkapan siap dibina.

Selain dibuka kepada peminat sukan lasak, Gua Damai Extreme Park juga menjadi pilihan banyak syarikat dan kelab sukan universiti dari seluruh negara untuk mengadakan aktiviti bersukan di situ.

Mana-mana pihak yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Gua Damai Extreme Park boleh melayari laman web guadamai.blogspot.com.

Tags / Kata Kunci: Gua Damai , Base Jump

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan