Tun Jeanne Letak Harapan Kepada KJ

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 5:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Jeanne Abdullah menaruh kepercayaan agar kerajaan memperuntukkan dana setimpal untuk program pembangunan atlet paralimpik seiring pencapaian terbaik yang dicatatkan pada Sukan Paralimpik Rio menjelang pembentangan Bajet 2017, bulan depan.

Pada masa sama, Jeanne yang juga penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata, atlet paralimpik tetap akan berjuang demi kepentingan negara tanpa mengira peruntukan yang disediakan kepada mereka.

"Saya rasa menteri (Khairy Jamaluddin) tahu. Beliau sendiri faham apa yang terjadi dan beliau menyokong paralimpik.

"Ada ke tak ada (peruntukan) mereka tetap main. Mereka tidak fikir pasal perkara itu," katanya.

Walaupun menyedari ramai menteri tidak memahami dan tidak pernah melihat atlet paralimpik beraksi, Jeanne tetap menaruh harapan agar golongan istimewa ini menerima peruntukan yang sewajarnya.

"Susah kalau kita nak mereka (menteri) pandang sebelah sini. Namun saya berdoa agar peruntukan setimpal diberi kepada atlet ini," katanya.

Terdahulu Jeanne menyaksikan majlis menandatangani momerandum persefaham (MoU) antara Persekutuan Bola Keranjang Kerusi Roda Malaysia (MWBF) dan MVP Marketing Sdn Bhd di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan di sini, Isnin.

Menerusi MoU itu, MWBF akan bekerjasama dengan MVP Marketing Sdn Bhd dalam membangunkan dan mempromosikan sukan orang kurang upaya (OKU) berkenaan.

Sementara itu, kedua-dua pihak juga akan merangka beberapa program jangka panjang bagi sukan tersebut terutamanya persediaan dalam menghadapi temasya Sukan Para Asean di sini tahun depan.

Dalam perkembangan berasingan, Jeanne yakin kontinjen paralimpik negara yang akan beraksi pada Sukan Para Asean tahun depan boleh mengatasi sasaran tempat kedua secara keseluruhannya yang ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"(Juara keseluruhan) Kenapa tidak. Tidak mustahil, kita telah menang pingat, bukan satu tapi tiga pingat emas. Lebih baik daripada atlet normal, kita berupaya.

"Bola itu bulat apa sahaja boleh berlaku. Namun saya percaya dengan kebolehan mereka," katanya.



iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan