Empat Pemenang Pingat Sukma Positif Ujian Doping

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 5:11 PM

Ahmad Shapawi (tengah) bersama Amir Suharma dan Nishel pada sidang media, Isnin.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Empat atlet yang menyertai tiga acara pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung di Sarawak, Julai lalu didapati positif ujian doping.

Empat atlet tersebut melibatkan dua peserta bagi acara memanah dan masing-masing seorang atlet tinju dan angkat berat.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengesahkan perkara tersebut pada  sidang media khas petang Isnin.

"Keputusan diperolehi selepas Agensi Antidoping  Malaysia (Adamas) menjalani ujian tersebut sebaik tamat Sukma.

"Bagaimanapun kita tidak boleh mendedahkan nama atlet-atlet terbabit sehingga surat rasmi dan nama didedahkan pada sesi pendengaran selepas 15 Oktober ini.

"Dalam tempoh itu (sehingga 15 Oktober) mereka diberi peluang untuk mengaku atau membuat ujian sampel B," jelasnya.

Keempat-empat atlet tersebut merupakan pemenang pingat pada Sukma edisi ke-18 ini.

Sementara itu, Ketua Unit Agensi Adamas, S.Nishel Kumar berkata, keputusan positif doping tersebut melibatkan beberapa jenis dadah yang tersenarai dalam Agensi Anti Doping Dunia (Wada).

"Antara jenis-jenis dadah yang positif terhadap atlet-atlet terbabit ialah Sibutramine (memanah), Dilotic (tinju) dan Steroid (angkat berat).

"Sibutramine merupakan sejenis bahan untuk menguruskan badan, manakala yang lain-lain untuk prestasi atau fizikal," ujarnya.

Dalam pada itu, Pemangku Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Malaysia, Mejar (B) Amir Suharman Adnan berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat penuh mengenai atlet-atletnya.

"Esok persatuan dijangka menerima surat dan kita akan berbincang dengan atlet-atlet tersebut sebelum menetapkan sebarang hukuman.

"Apa yang kami tahu, bahan tersebut lebih kepada ubat kurus. Mungkin yang terdapat dalam minuman teh atau sebagainya, kita belum tahu.

"Kita akan cuba bantu mereka memandangkan atlet-atlet ini masih remaja dan akan cuba selesaikan secepat mungkin," ulasnya ketika ditemui media.


 

Tags / Kata Kunci: doping , Adamas , MSN , Sukma

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan