Mohamad Ridzuan Tak Lupa Hadiah Sepasang Kasut

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 12:09 PM

Mohamad Ridzuan Mohamad

(Ubah saiz teks)

KETIKA rakyat Malaysia meraikan kejayaan atlet paralimpik negara, pemenang pingat emas Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi tidak melupakan sepasang kasut yang pernah dihadiahkan oleh seorang pemandu lori di Perlis, Chuah Heng Oon , kepadanya beberapa tahun lalu.

Heng Oon, 57, kini gembira apabila Mohamad Ridzuan menang emas dalam acara pecut 100 meter T36 (cerebral palsy) di Paralimpik Rio 2016, lapor Sin Chew Daily.

Menurut laporan itu, Heng Oon telah membelikan Mohamad Ridzuan sepasang kasut apabila mengetahui bahawa beliau tidak mampu untuk membeli kasut baharu apabila dipilih menjadi atlet negara tujuh tahun lalu.

Semasa di Rio, Mohamad Ridzuan, 29, telah memberitahu media tentang penghargaannya kepada Heng Oon.

Jurulatih pertamanya, Affizam Amdan, 45, seorang pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, pada 18 September lalu telah pergi ke Gunung Medan Utan Aji di Kangar, tempat di mana Mohamad Ridzuan selalu berlatih untuk mengucapkan terima kasih kepada Heng Oon.

Heng Oon yang biasanya akan berjogging di situ, bagaimanapun tidak muncul tetapi Affizam berjaya mendapatkan nombor telefon beliau melalui seorang rakannya.

Ketika ditemui di rumahnya, Heng Oon memberitahu bahawa beliau telah lupa tentang kasut yang pernah dihadiahkannya kepada Mohamad Ridzuan sehinggalah beliau melihat perlawanan tersebut.

"Kemudian saya beritahu isteri saya, tetapi pada mulanya dia tidak percaya," kata Heng Oon.


Heng Oon (kiri) bersama isterinya Lu Mei Qi membaca berita mengenai kemenangan Mohamad Ridzuan.

Mengimbas kembali pertemuan dengan Mohamad Ridzuan, Heng Oon berkata beliau dan rakan-rakannya sering melihat Mohamad Ridzuan bersama atlet lain berlatih.


Mereka akan berbual dengan Mohamad Ridzuan dan kadang-kadang berlari dengannya pada jarak dekat.

"Satu hari, Affizam memberitahu saya bahawa dia sedang mencari seseorang untuk menaja sepasang kasut sukan bernilai kira-kira RM200 kerana Ridzuan tidak mampu membeli kasut baharu selepas kasut lamanya tidak boleh digunakan," imbas  Heng Oon.

Tidak lama selepas itu, Affizam memberitahunya bahawa anak muda muda itu telah dipilih untuk menjadi atlet negara.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan