Ziyad Terharu Kepulangan Disambut Meriah

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 7:40 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pemenang pingat emas kedua negara, Muhammad Ziyad Zolkefli terharu dengan sambutan yang diberikan kepada kontinjen Paralimpik yang tiba di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sini petang Khamis.

Beliau juga terkejut dan tidak menyangka akan mendapat sambutan bak wira sebaik tiba di kompleks itu.

"Sangat terharu dan gembira kerana dahulu saya menang pingat gangsa sambutan tidak semeriah hari ini.

"Saya terkejut kerana ramai wartawan dan orang ramai mahu bergambar dengan saya. Ini satu penghormatan yang sangat luar biasa," katanya ketika ditemui selepas sidang media majlis menyambut ketibaan atlet paralimpik di sini Khamis.

Jelas Ziyad, beliau bersyukur kerana usaha gigihnya selama ini menampakkan hasil yang membanggakan buat negara.

"Saya memang gigih berusaha, banyak yang saya korbankan. Saya korbankan masa bersama keluarga dan tunang demi Paralimpik sejak Januari sehingga bulan ini," katanya.

Pada masa sama, atlet lontar peluru itu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang turut memberikan sokongan dan mendoakan kejayaannya di temasya berprestij dunia berkenaan.

"Harapan saya ke sana mahu mencuba yang terbaik. Namun balingan kelima saya yang membanggakan dan memecahkan rekod dunia kali kedua.

"Itu satu pencapaian luar biasa yang saya hadiahkan buat rakyat Malaysia yang menyokong saya," katanya.

Pada Paralimpik kali ini Ziyad berjaya memecahkan rekod dunia sebanyak dua kali sebelum memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Ziyad bakal menerima tambahan RM20,000 sebagai bonus kerana memecah rekod dunia selain insentif RM1 juta di bawah skim Majlis Sukan Negara (MSN).


Tags / Kata Kunci: Muhammad Ziyad Zolkefli , paralimpik , KLIA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan