Naza Hadiahkan Kia Rio Kepada Siti Noor Radiah

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 6:08 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Siti Noor Radiah Ismail yang memenangi pingat gangsa di Sukan Paralimpik, Brazil akan menerima ganjaran sebuah kereta Kia Rio sumbangan Naza Corporation Holdings (Naza) di atas pencapaian cemerlangnya itu.

Ganjaran itu diumumkan Pengerusi Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin pada sidang media majlis menyambut kepulangan atlet paralimpik di Kompleks Bunga Raya di sini Khamis.

SM Nasarudin yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia berkata ganjaran itu diberikan selepas tiga atlet istimewa iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli  dan Abdul Latif Romly menerima hadiah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Sportage setiap seorang kerana menyumbang pingat emas untuk negara.

"Untuk atlet pingat emas, kita beri Kia Sportage manakala Radiah kita hadiahkan Kia Rio. Kita harap lebih ramai syarikat swasta akan beri ganjaran untuk menghargai sumbangan atlet ini," katanya.

Menurut SM Nasaruddin, beliau amat kagum dan berbangga dengan prestasi luar biasa dipamerkan atlet istimewa tersebut di temasya berprestij dunia empat tahun sekali itu.

"Saya berpeluang menyaksikan persembahan menakjubkan atlet luar biasa ini di Brazil. Saya amat kagum dengan mereka, " katanya.

Mohd Ziyad, Mohamad Riduan, Abdul Latif dan Siti Noor Radiah tersenyum bangga menunjukkan pingat emas dan gangsa yang dimenangi pada Sukan Paralimpik Rio 2016 sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis.

Terdahulu, SM Nasaruddin mengumumkan tiga pemenang emas paralimpik itu menerima seunit kediaman suite dan kenderaan SUV serba baharu, Kia Sportage berharga RM121,888, dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

Kediaman suite yang dihadiahkan kepada Mohamad Ridzuan, Muhammad Ziyad dan Abdul Latif itu adalah Trion 888 di Equine Park.

Kediaman itu, yang dibangunkan oleh bahagian hartanah Naza Corporation Holdings, iaitu Naza TTDI Sdn Bhd berharga RM350,000 seunit. 

Ia berkeluasan 450 kaki persegi dan mempunyai kemudahan lengkap seperti kolam renang, bilik serbaguna, gimnasium, bilik persalinan, lif, kemudahan dobi dan surau. 

Projek itu dijangka siap pada akhir 2017.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan