Latif Berusaha Keras Untuk Berjaya - Kakak

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 8:20 PM

Latif bersama Siti Aminah (kiri) dan abang iparnya, Mohd Shauqi Md Yunus.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Harap dia teruskan dengan sikap rendah diri, hormat orang tua, bertanggungjawab" demikan luahan rasa kakak kepada pemenang pingat emas lompat jauh Sukan Paralimpik Rio, Abdul Latif Romly.

Siti Aminah berkata, adiknya itu seorang yang suka tersenyum dan kurang bercakap.

"Tadi sempat berjumpa dengannya sebaik sahaja dia tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA. Perasaan bangga dapat pegang pingat emas yang dia raih kat Brazil.

"Dia turut menangis apabila melihat kami sekeluarga ada di sana menyambutnya," jelas anak kelima daripada tujuh beradik itu.

Menurut Siti Aminah, 29,kali terakhir berjumpa dengan Abdul Latif sebelum atlet itu berlepas ke Rio.

"Hampir sebulan tak berjumpa dengannya. Abdul Latif memang rapat dengan keluarga, lebih-lebih lagi dia anak bongsu.

"Apa yang dicapai hari ini adalah usaha keras dia untuk berjaya. Kami harap dia tidak lupa diri dan lebih berjaya di masa depan," tambahnya.

Keluarga Abdul Latif.

Keluarga Abdul Latif tiba di Kuala Lumpur pada Rabu malam dengan menaiki bas yang disediakan Jabatan Belia dan Sukan Perlis.

"Lepas majlis doa selamat malam ini kami terus pulang ke Perlis. Tinggal mak dan ayah kat sini sebab esok mereka ada program.

"Kami jumpa Latif kat kampung selepas ini," ujarnya yang terharu dengan sambutan yang diadakan untuk Paralimpian negara.

Paralimpian dibawa berarak sekitar ibu kota Kuala Lumpur dengan menaiki bas hop-on-hop-off sejurus selesai sambutan di Kompleks Bunga Raya dan dibawa ke Dewan Filharmonik, KLCC, Pavillion sebelum berakhir di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan bagi majlis doa selamat yang turut dihadiri keluarga masing-masing.

Sebagai langkah keselamatan, kontinjen negara ke Brazil seramai 47 pegawai dan atlet juga turut diarah menjalani ujian saringan virus Zika yang dibuka di sini.

Pada aksi Sukan Paralimpik di Rio ini, kontinjen negara berjaya meraih tiga  pingat emas menerusi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 serta pemenang pingat gangsa, Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh T20.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan