Jurulatih Dapat Tambahan Ganjaran 10 Peratus - KJ

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 6:42 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melihat pingat emas yang dimenangi atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli (kiri), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (tiga, kiri), Abdul Latif Romly (tiga, kanan) dan pingat gangsa Siti Noor Radiah Ismail (dua, kiri) semasa menyambut kepulangan mereka di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis. Kontinjen Paralimpik negara meraih tiga pingat emas dan satu gangsa pada kejohanan tersebut. Turut kelihatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (belakang Najib) dan Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Tun Jeanne Abdullah (kanan).

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jurulatih atlet paralimpik negara yang memenangi pingat di Rio de Janeiro, Brazil akan menerima ganjaran tambahan sebanyak 10 peratus berbanding kadar biasa.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, insentif tambahan itu diberikan sebagai menghargai usaha mereka sehingga berjaya membantu atlet istimewa mencapai kejayaan tahap tertinggi dalam bidang sukan dengan prestasi luar biasa.

“Seperti mana skim jurulatih Olimpik dan Paralimpik, kita beri imbuhan 20 peratus di atas pencapaian anak buah mereka.

“Pada 2016 kita bagi 30 peratus daripada yang diperolehi anak buah mereka. Contoh Mohamad Ridzuan dapat RM1 juta, maka jurulatihnya dapat RM300,000,” katanya pada sidang media selepas menyambut kepulangan wira dan wirawati Paralimpik negara di Kompleks Bunga Raya di sini, Khamis.

Khairy berkata, imbuhan tambahan itu juga akan diberikan kepada jurulatih atlet Olimpik.

Majlis penyampaian insentif itu akan diadakan pada 9 Oktober ini di Hotel St Regis Kuala Lumpur, serentak dengan penyampaian insentif kepada atlet Olimpik dan akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Khairy, kisah kejayaan atlet paralimpik negara ini akan dijadikan sebagai kisah ikonik seperti mana yang diarahkan perdana menteri dalam ucapannya ketika menyambut ketibaan kontinjen Paralimpik negara.

“Kita akan bawa atlet Paralimpik dan Olimpik ke sekolah-sekolah dan kita akan gunakan peluang ini untuk program-program pencarian bakat muda dan pelapis, terutamanya di kalangan anak muda kelainan upaya,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut menyeru syarikat-syarikat swasta agar mengambil atlet tempatan sebagai duta produk memandangkan atlet tempatan turut dikenali oleh rakyat negara ini.

“Saya harap sangat syarikat-syarikat swasta dapat menggunakan atlet tempatan sebagai ikon atau dalam pengiklanan perniagaan mereka.

“Saya tahu banyak syarikat melabur berjuta-juta ringgit untuk atlet antarabangsa, bukan tak boleh tapi saya rasa tahap rakyat Malaysia kenal atlet-atlet tempatan sangat tinggi dan atlet antarabangsa boleh diteruskan,” katanya.

 

Tags / Kata Kunci: paralimpik , Brazil , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan