Keluarga Hadiahkan Mohamad Ridzuan Pulut Durian

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 4:23 PM

Ahli keluarga bersama Mohamad Ridzuan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hidangan pulut bersama kuah durian akan menjadi hadiah keluarga buat pemenang emas acara 100 meter T36 (celebral palsy) Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi sekembalinya ke tanah air pada petang Khamis.

Mohamad Puzi Mat Isa, 56, berkata, anak istimewanya itu menggemari hidangan tradisional tersebut.

""Walaupun dia tak minta apa-apa tapi ibunya (Laila Salleh) akan menyediakan pulut durian kerana itu makanan kegemarannya.

"Kita akan sediakan menu itu memandangkan dia tak dapat beraya bersama keluarga di Perlis. Kita harap hidangan itu dapat penuhi rasa rindu dia terhadap masakan air tangan ibunya," katanya ketika ditemui mStar Online pada Khamis.

Mohamad Puzi bersama sembilan ahli keluarganya berada di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Padan di sini untuk menyertai rombongan ahli keluarga atlet lain bertolak ke Kompleks Bunga Raya di Sepang bagi menyambut ketibaan wira dan wirawati negara dari Rio de Janeiro, Brazil.

Keluarga Mohamad Ridzuan bersama dengan 10 ahli keluarga Abdul Latif Romly yang turut memenangi pingat emas acara lompat jauh kategori T20 (masalah pembelajaran) bertolak dari Perlis tengah hari Rabu menaiki sebuah bas yang disediakan khas oleh Jabatan Belia dan Sukan negeri.

Ketika ditanya mengenai perasaan untuk menyambut kepulangan Mohamad Ridzuan atau lebih mesra disapa dengan panggilan Dikwan, Mohamad Puzi berkata dia tidak sabar untuk memeluk anak lelakinya itu.

"Memang begitu teruja nak jumpa dia. Syukur kepada Allah kerana mempermudahkan urusan dia dan rakan-rakan yang lain untuk selamat tiba di tanah air," katanya.

Menurut Mohamad Puzi, beliau sudah menjangka Dikwan dapat memenangi pingat emas kerana anaknya itu pernah berjanji mahu menghadiahkan pingat berharga itu kepada keluarga dan juga negara.

"Dia pernah cakap Dikwan akan cuba menang pingat emas. Kita yakin dengan semangatnya dan tidak putus-putus berdoa untuk kejayaannya," kata Mohamad Puzi yang bekerja sebagai pemandu di Felda Rimba Mas, Padang Besar, Perlis.

Mohamad Ridzuan menghadiahkan pingat emas pertama kepada negara apabila memecut ke garisan penamat 100m T36 (cerebral palsy) dengan catatan 12.07 saat.

Atlet istimewa itu mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari Brazil (12.54s).

Tags / Kata Kunci: Paralimpik , Perlis , MSN , KLIA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan