Rombongan Keluarga Sambut Kepulangan Abdul Latif

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 3:56 PM

Bapa kepada atlet Paralimpik negara Abdul Latif Romly, Ramly Mat dan ibunya Salmah Yatim teruja untuk menyambut kepulangan anaknya di KLIA pada Khamis ini. Foto: Bernama.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keluarga kepada Abdul Latif Romly ternyata tidak sabar untuk menyambut kepulangan anak 'emas' mereka yang beraksi pada Sukan Paralimpik Rio, Brazil dua hari lagi.

Ramly Mat, bapa kepada atlet yang menyumbang pingat emas ketiga negara serta merakam rekod dunia terbaharu dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) itu mengakui seluruh ahli keluarganya teruja dan akan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis ini.

"Setakat ini kami belum pasti berapa orang kesemuanya yang akan pergi ke Kuala Lumpur, tetapi saya dengan maknya (Salmah Yatim)  tidak sabar bertemu dengan Latif.

"Kami mungkin akan bergerak dari sini (Kangar) dalam pukul 10 atau sebelas pagi esok (Rabu) dengan menaiki bas yang disediakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri," jelasnya ketika dihubungi mstar Online pada Selasa.



Menurut Ramly, kali terakhir dia berjumpa dengan Latif sebelum atlet berusia 19 tahun itu berangkat ke Brazil baru-baru ini.

"Bangga sangat dengan dia. Doa kami (ibu bapa) sampai ke sana (Brazil) dan Latif berjaya dapat pingat emas.

"Setakat ini kami belum merancang untuk membuat kenduri kesyukuran lagi kerana saya tahu dia akan sibuk dengan pelbagai majlis. "Bila tugas-tugas dia sudah selesai, mungkin kami akan buat majlis untuknya," luah Ramly yang ternyata gembira dengan pencapaian anak bongsunya itu.

Abdul Latif meraih emas selepas mencatat jarak 7.60 meter pada lompatan kelima, sekaligus mencipta rekod baharu dunia di Stadium Olimpik, Rio minggu lalu.

Rekod dunia terdahulu iaitu 7.35m adalah miliknya sendiri yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar 2015 manakala rekod Sukan Paralimpik iaitu 7.25m dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro daripada Sepanyol yang dilakukan pada edisi 2012 di London.

Tags / Kata Kunci: Ramly Mat , Abdul Latif Romly , Paralimpik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan