THT Cipta Hatrik, Juarai Liga Hoki Malaysia 2016

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2016 9:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan Hoki Terengganu (THT) mencipta hatrik apabila berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Hoki Malaysia 2016 setelah menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-1 di Stadium Hoki Batu Burok di sini, Ahad.

Beraksi di laman sendiri, THT memperoleh gol pertama menerusi pukulan penalti bekas pemain kebangsaan, Mohd Fitri Saari pada minit kelima perlawanan.

Jaringan itu menaikkan semangat barisan pemain tuan rumah untuk menggandakan  asakan dan berjaya menyumbat masuk gol kedua menerusi gol padang oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-18.

Sebaik aksi babak kedua bersambung, THT melebarkan kedudukan apabila Ismail Abu yang menerima umpanan daripada Mohd Fitri, berjaya menewaskan penjaga gol TNB, S. Kumar menerusi serangan balas yang pantas pada minit ke-31 untuk gol ketiga pasukan berkenaan.

Selang seminit kemudian, pemain TNB Muhammad Ramadan Rosli berjaya merapatkan kedudukan apabila bijak mengambil peluang daripada keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol THT untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Muhammad Hafizuddin Othman.

Tersentak dengan jaringan tersebut, THT lebih banyak bertahan dan kedudukan 3-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Kejayaan THT mengekalkan kejuaraan tersebut sejak 2014, menyaksikan pasukan  berkenaan meraih hadiah wang tunai RM100,000 serta piala pusingan.

Jurulatih THT Sarjit Singh berkata kejayaan THT mempertahankan kejuaraan itu untuk tiga tahun berturut-turut adalah sesuatu yang membanggakan kerana ia bukan satu tugas mudah.

"Dalam saingan liga tahun ini, kita bermula agak perlahan apabila hanya  meraih tujuh mata daripada lima perlawanan pertama, namun untuk lima perlawanan terakhir, kita berjaya memperoleh 15 mata maksimum.

"Kita bernasib baik untuk menang perlawanan ini kerana TNB merupakan pasukan yang bukan mudah untuk ditewaskan. Saya berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan semua pemain," katanya.

Tags / Kata Kunci: Hoki

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan