"Ini Hadiah Buat Malaysia" - Siti Noor Radiah

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Ini hadiah untuk Malaysia," kata atlet negara Siti Noor Radiah Ismail mengenai pingat gangsa yang dimenanginya pada temasya Sukan Paralimpik ke-15 di Rio de Janeiro, Brazil.

Atlet berusia 23 tahun dari Segamat, Johor itu meraih pingat gangsa di luar jangkaan dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) wanita dalam aksi di Stadium Olimpik, pada Khamis.

Siti Noor Radiah berjaya melakukan lompatan sejauh 5.20m dalam percubaan ketiga, sekali gus mengatasi rekod Sukan Para Asia miliknya iaitu 5.10m yang direkodkan di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

"Saya cuba buat yang terbaik di sini. Saya cuba untuk memperbaiki catatan yang saya tidak dapat buat semasa Sukan Para Asean (di Singapura, tahun lepas).

Jadi, inilah hasilnya," kata Siti Noor Radiah melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Selepas sekadar meraih pingat perak pada Sukan Para Asean, beliau tidak menjangka yang beliau dapat beraksi di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro.

"Saya sebenarnya saya tidak menjangkakan yang saya dapat datang sini. Saya nak ucap terima kasih kepada jurulatih yang banyak mengajar, keluarga, penyokong dan rakyat Malaysia yang beri sokongan dan doa, inilah hadiahnya," kata Siti Noor Radiah, yang membuat penampilan pertama dalam temasya Sukan Paralimpik.

Pingat emas acara itu dimenangi Mikela Ristoki dari Croatia dengan jarak 5.79m manakala pemegang rekod dunia dan paralimpik dari Poland, Karolina Kucharczyk terpaksa berpuas hati dengan jarak 5.55m untuk pingat perak.

Rekod dunia Kucharczyk dalam acara itu ialah 6.09m yang direkodkan pada Kejohanan Olahraga IPC di Lyon, Perancis pada 2013 manakala rekod Sukan Paralimpik pula ialah 6.00m pada edisi lepas di London pada 2012.

Sementara itu,seorang lagi atlet Malaysia, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin menamatkan saingan di tempat keempat dengan jarak 4.91m.

Bagi jurulatih acara lompat jauh, Syahrul Amri Mohd Suhaimi, beliau bersyukur dengan kemenangan tidak dijangka itu.

Bekas atlet lompat jauh negara era 90-an yakin anak didiknya itu mampu melakukan lebih baik daripada yang dilakukannya di Rio jika Siti Noor Radiah konsisten dalam latihan.

"Ini catatan terbaik peribadi dia yang baru. Saya yakin dia boleh mencatat jarak yang lebih baik jika terus meningkatkan usaha dalam latihan.

Sekiranya dia menggunakan pemenang pingat emas (di Sukan Paralimpik Rio) sebagai pengukur, saya rasa dia boleh buat lebih baik lagi...saya tahu dia boleh buat," katanya.

Secara keseluruhan Syahrul Amri berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua atlet, Siti Noor Radiah dan Siti Noor Iasah.

"Saya berpuas hati dengan pencapaian kedua-dua mereka. Mereka telah memberikan yang terbaik, terutama sekali (Siti Noor) Radiah sebab berjaya mengatasi pencapaian terbaik peribadi dia dan menang pingat gangsa di sini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Paralimpik

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan