Tiada Masalah Abdul Latif Beraksi Di Sukan SEA - KJ

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 11:43 PM

Abdul Latif Romly.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tidak mempunyai masalah untuk memberi 'lampu hijau' kepada pemenang pingat emas acara lompat jauh T20 Sukan Paralimpik, Abdul Latif Romly, untuk beraksi dalam temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Katanya atlet berkenaan bersaing dengan atlet normal dan meraih emas dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, Julai lepas.

"Sekiranya dia dipilih dan layak (beraksi dalam Sukan SEA), saya tidak ada apa-apa halangan," katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat Abdul Latif untuk beraksi dalam Sukan SEA 2017.

Menurut Khairy, ketika menghubungi Abdul Latif pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, beliau meminta atlet muda itu memberi tumpuan kepada rekod kebangsaan dan bukan hanya kepada rekod Sukan Paralimpik.

Katanya atlet berusia 19 tahun itu mempunyai kemampuan untuk memecah rekod kebangsaan.

"Kalau tak silap saya, lagi 22 sentimeter lagi untuk menyamai rekod kebangsaan. Jika dia dapat mengatasi rekod kebangsaan, saya rasa dia selepas ini boleh beri tumpuan kepada kejohanan-kejohanan melibatkan atlet normal," katanya.

Secara merit, jarak lompatan Abdul Latif di Sukan Paralimpik Rio itu sudah melepasi had kelayakan untuk beraksi di Sukan SEA, selepas catatan rekod dunia Paralimpik 7.60m yang dilakukannya mengatasi had kelayakan 7.54m.

Rekod kebangsaan dalam acara lompat jauh lelaki masih dipegang oleh Josbert Tinus dengan jarak 7.88m yang direkodkan pada 2007 di Bangkok.

Catatan jarak 7.60m Abdul Latif telah mengatasi rekod remaja kebangsaan (Bawah 20 tahun) iaitu 7.46m milik Pang Li Chong di Ipoh, Perak pada 2011.

Pingat emas lompat jauh T20 menjadi milik Latif terhasil menerusi lompatan emasnya dengan catatan 7.60m, yang turut memecahkan rekod Paralimpik dunia, Ahad lepas.

Dia turut mencipta sejarah tersendiri menerusi tiga rekod dunia yang dilakukan ketika lompatan kedua iaitu 7.47m, lompatan ketiga 7.54m dan 7.60m dalam lompatan kelima. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan