Pingat Paralimpik Tampil Dengan Ciri Inovasi Khas

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 9:47 AM

Atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad meraih emas dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan catatan rekod baharu dunia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua pingat pada temasya Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro mempunyai beberapa ciri inovasi bagi menyesuaikannya dengan atlet kelainan upaya selain penggunaan tulisan Braille untuk membantu atlet yang mempunyai masalah penglihatan.

"Selain menampilkan Braille, pingat sukan Paralimpik juga memasukkan inovasi khas; mempunyai peranti kecil yang mengeluarkan bunyi apabila pingat digoncang, membolehkan atlet cacat penglihatan mengetahui sama ada ia adalah emas, perak atau gangsa.

"Emas mempunyai bunyi paling kuat, diikuti perak dan gangsa," menurut Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa di www.paralympic.org

Ia menambah bahawa emas yang digunakan untuk membuat pingat itu telah diekstrak tanpa menggunakan merkuri.

Menurut jawatankuasa itu, pingat telah dihasilkan dengan menggunakan kriteria kemampanan yang ketat, bermula dari perlombongan awal, kepada reka bentuk akhir produk.

"Pingat perak dan gangsa telah dihasilkan menggunakan 30 peratus bahan kitar semula. Separuh daripada plastik dalam reben yang digunakan untuk menggantung pingat di leher atlet berasal dari botol plastik kitar semula. Sarung bulat yang memegang pingat dibuat daripada kayu freijó yang disahkan oleh Forest Stewardship Council (FSC)," katanya.

Malaysia bakal membawa pulang tiga butir pingat emas dari temasya Paralimpik 2016 yang akan berakhir pada 18 September ini.
Tags / Kata Kunci: pingat Paralimpik , ciri khas , inovasi

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan