Kita Terikat Dengan Undang-Undang Sukan - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 7:16 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Undang-undang sukan telah menetapkan bahawa atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin terlepas peluang meraih pingat gangsa acara 400m T20 wanita (masalah pembelajaran) di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata Siti Noor Iasah bagaimanapun telah mencuba sedaya-upaya untuk menyumbangkan pingat keempat kepada Malaysia.

"Kita kena terima, walau apapun kita bangga sebab dia telah melakukan yang terbaik, hampir-hampir dapat gangsa.

"Tapi inilah sukan, 'photo finish' is 'photo finish', kita terikat dengan undang-undang sukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan replika kunci kereta sumbangan Proton Holdings Berhad kepada pemenang-pemenang pingat Olimpik Rio di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai Siti Noor Iasah yang seakan pasti merangkul pingat gangsa, tetapi pingat itu terlepas dengan tindakan pelari Poland dan pemegang rekod dunia, Barbara Niewiedzial yang merebahkan diri di garisan penamat.

Ketua jurulatih olahraga, R. Jaganathan telah mengemukakan bantahan tetapi ditolak oleh juri dan keputusan ditentukan melalui 'photo finish'.

Menurut Khairy perkara ini juga melibatkan sistem teknikal, penilaian, juri dan panel rayuan.

"Janji dia melepas garisan terlebih dahulu.

"Kita kena terima undang-undang sukan siapa yang sampai ke garisan penamat dulu dia menang dalam apa jua kaedah," katanya.

Siti Noor Iasah menamatkan saingan di tempat keempat dengan mencatat masa 58.55 saat, sekali gus memperbaiki rekod Sukan Asia miliknya iaitu 58.96s yang dicatat pada peringkat saringan pada Selasa.

Pingat emas acara itu dimenangi atlet Amerika Syarikat, Breanna Clark dengan masa 57.79s, hanya berkelebihan 0.01s untuk menyamai rekod dunia 57.78s milik Niewiedzial.

Pingat perak menjadi milik Natalia Iezlovetska dari Ukraine dengan 58.48s dan Niewiedzial meraih gangsa dengan masa 58.51s.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan