Wira Badminton Negara Terima Sumbangan Celcom Axiata

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 8:21 PM

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama para pemain badminton negara yang diraikan oleh Celcom Axiata di Menara Axiata, Selasa, sempena kejayaan mereka pada Sukan Olimpik Rio 2016 baru-baru ini. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima wira badminton negara yang mengharumkan nama Malaysia menerusi sumbangan pingat perak pada kejohanan Olimpik Rio 2016, menerima token bernilai RM30,000 setiap seorang yang disumbangkan oleh penaja utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Celcom Axiata Bhd.

Datuk Lee Chong Wei mengetuai senarai penerima sumbangan wang tunai sebanyak RM20,000 dan kredit Celcom sebanyak RM10,000 yang diserahkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung BAM pada Selasa.

Pasangan regu lelaki, Goh V Shme dan Tan Wee Kiong serta pasangan regu campuran, Chan Peng Soon San dan Goh Liu Ying turut menerima penghargaan yang sama.

Selain itu,  Celcom Axiata juga menyumbangkan sebanyak RM20,000 (RM10,000 wang tunai dan RM10,000 kredit Celcom) kepada tiga lagi atlet badminton negara iaitu Vivian Hoo, Woon Khe Wei dan Tee Jing Yi.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi Celcom Axiata Bhd, Tan Sri Jamaludin Ibrahim dan Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid.

Dalam pada itu, Rosmah berkata, ganjaran yang diberikan kepada semua atlet tersebut setimpal dengan kejayaan yang dilakar pada kejohanan Olimpik.

"Malah saya yakin kita mampu meraih emas pada kejohanan Olimpik di Jepun," katanya pada sidang media selepas majlis tersebut.

Terdahulu, Jamaluddin dalam ucapannya berkata, sebagai penaja utama BAM, Celcom Axiata akan terus menunjukkan komitmen untuk menyokong pembangunan sukan badminton di Malaysia.

Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana berpeluang memberi pengiktirafan kepada pasukan badminton Malaysia yang telah mengharumkan nama negara di peringkat global.

"Badminton bukan sahaja sukan yang diminati dalam kalangan rakyat Malaysia, tetapi merupakan sukan yang memacu perpaduan sesama kaum.

"Para altet ini menunjukkan contoh bahawa kita mampu mencapai impian jika melakukan dengan sepenuh hati dan perasaan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan