Siti Noor Iasah Mara Ke Final 400M T20 Paralimpik Rio

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 9:55 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara 400 meter T20 wanita (masalah pembelajaran) di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro.

Dalam peringkat saringan yang berlangsung di Stadium Olimpik Rio pada Isnin, Siti Noor Iasah memenangi saringan kedua dengan mencatat masa 58.96 saat.

Catatan pelari jarak pertengahan negara berusia 27 tahun itu sekali lagi memperbaharui rekod Sukan Para Asia iaitu 1:01.33s miliknya, yang dilakukan di Sukan Para Asia Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Siti Noor Iasah telah memperbaharui rekod Sukan Para Asia semasa beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lepas, dengan catatan masa 60.35s untuk meraih pingat gangsa.

Saingan akhir acara 400m T20 wanita akan berlangsung pada Selasa, melibatkan lapan pelari terbaik daripada kedua-dua peringkat saringan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan