Ini Adalah Anak Saya - Jeganathan

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 1:20 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Ini adalah anak saya," kata jurulatih Paralimpik Rio, R. Jeganathan ketika mengulas tentang kejayaan anak didiknya, Mohd Ridzuan Mohd Puzi yang berjaya memenangi pingat emas dalam acara pecut 100 meter.

Malah Jeganathan tanpa segan silu menitiskan air mata ketika melahirkan rasa bersyukurnya kepada Ridzuan sambil kedua-dua mereka berpelukan semasa diwawancara oleh Astro Arena.

Apabila ditanya tentang ucapan yang ingin disampaikan kepada Ridzuan, Jeganathan berkata:

"Ini adalah anak saya. Terima kasih. Terima kasih. Saya mungkin terlalu memberi tekanan atau memarahi kamu tetapi inilah hasilnya.

"Kini kamu faham sebab saya selalu marah ketika latihan," katanya sambil menitiskan air mata.

Malah wartawan Astro Arena yang terlibat dalam wawancara tersebut turut dilihat menitiskan air mata akibat terharu dengan keakraban Jeganathan dan Ridzuan.

Pada awal video berkenaan yang dikongsi dalam laman Facebook oleh Astro Arena, Jeganathan berkata, Ridzuan sering menganggapnya sebagai seorang ayah dan akan mematuhi segala arahannya.

"Dia tidak banyak soal dan melakukan apa sahaja yang disuruh.

"Mungkin disebabkan dia berasa sayang kepada saya dan saya melayannya seperti seorang anak, menyebabkan dia mudah ikut segala arahan," katanya.

Video Astro Arena itu sudah ditonton sebanyak 268,000 kali setakat petang Isnin.

Tags / Kata Kunci: Ridzuan , Paralimpik , Jeganathan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan