Paralimpik: Malaysia Buru Pingat Bonus - Sukan Ekstra | mStar

Paralimpik: Malaysia Buru Pingat Bonus

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro menyasarkan pingat 'bonus' selepas berjaya menggondol sasaran tiga emas.

Menurut Chef de mission (CDM) negara Dr Ang Kean Koo, sasaran awal adalah untuk memperoleh keputusan lebih baik berbanding edisi sebelum ini di London empat tahun lalu, yang menyaksikan kontinjen negara memenangi satu perak dan satu gangsa.

"Atlet olahraga, memanah dan power lifting adalah sukan yang kita boleh memenangi pingat. Prestasi adalah menakjubkan apabila atlet paralimpik kita berjaya mencipta sejarah dengan memenangi tiga pingat emas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Malaysia meraih pingat emas pertama di Paralimik Rio sejak mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik pada 1972 di Heidelberg, Jerman.

Pada Sabtu, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencatat rekod bersejarah dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) lelaki. Beliau mencatat masa 12.07 saat sekali gus memadam rekod Sukan Paralimpik terdahulu 12.25s dilakukan Roman Pavlyk dari Ukraine, di Beijing pada 2008. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Paralimpik , Malaysia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan