#TerbangLatifTerbang Sokongan Padu Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2016 6:44 PM

Abdul Latif Romly.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan Abdul Latif Romly meraih pingat emas ketiga negara serta mencipta rekod dunia di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Ahad mendapat sokongan padu rakyat Malaysia di media sosial. 

Kejayaan anak muda berusia 19 tahun itu dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) mendapat perhatian segenap lapisan rakyat yang berkongsi kegembiraan dan ucapan tahniah di laman sosial termasuk di Twitter dan Facebook dengan menggunakan #TerbangLatifTerbang.

Semakan di Twitter menunjukkan nama 'Abdul Latif' disebut lebih 15,000 kali, selain penggunaan #terbanglatifterbang ratusan kali dalam kalangan netizen yang berkongsi kejayaannya menghadiahkan emas ketiga buat Malaysia di temasya itu. 

Abdul Latif mencatat rekod dunia dengan catatan 7.60 meter pada lompatan kelima di Stadium Olimpik, Rio de Janeiro pada Ahad.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menerusi catatan di Twitternya mencatat: "Emas ketiga untuk Malaysia! Berjaya pecahkan rekod dunia tiga kali. 

Ya, tiga. Tak payah tulis apa lagi dah. Latif Romli, you are a LEGEND! (anda seorang legenda) Totally luar biasa SUPER HUMAN!" (Sungguh luar biasa, manusia hebat!). 

Turut berkongsi kegembiraan ialah pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Pandelela Rinong yang menyifatkan kejayaan anak jati Perlis itu sebagai amat membanggakan.

"There you go #LatifRomly just won the gold for #Malaysia! So proud of you.#paralympics #malaysiaboleh #soproud, he's so fly," kata penerjun negara itu menerusi akaun Twitternya. (Itu dia #LatifRomly baru menang pingat emas untuk #Malaysia! Bangga dengan anda. #paralympics #malaysiaboleh #soproud he's so fly)

Sementara itu, penyanyi Altimet menerusi laman Facebooknya berkata "#terbanglatifterbang, hero kami terbang. 3 kali pecahkan rekod dunia hari ni.

Pingat emas ke-3 #Malaysia. Terimalah Kasih, Latif Romly. #jaguh,". Seorang lagi pengguna Facebook, Ahmad Affzan Abdullah mengucapkan tahniah atas kejayaan Latif dengan menulis "Emas ketiga untuk Malaysia dan rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.60m! Tahniah Abdul Latif Romly,".

Rekod dunia terdahulu iaitu 7.35m adalah milik Abdul Latif sendiri yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar pada 2015, manakala rekod Sukan Paralimpik sebelum ini dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol yang melakukan lompatan sejauh 7.25m pada edisi 2012 di London. 

Pada petang Sabtu waktu tempatan (awal pagi Ahad waktu Malaysia), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meraih emas pertama negara melalui acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) dengan masa 12.07s manakala Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul emas lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan rekod baru dunia 16.84m. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Abdul Latif Romly

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan