Tidak Boleh Gambarkan Betapa Gembiranya Saya - Jaganathan

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2016 8:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ia adalah sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata oleh ketua jurulatih olahraga paralimpik negara, R.Jaganathan selepas menyaksikan atlet bimbingannya meraih kejayaan di Sukan Paralimpik.

Bukan satu malah dua emas disumbang skuad olahraga di temasya sukan berprestij untuk atlet kelainan upaya di Rio de Janeiro, Brazil, pada Sabtu (awal pagi Ahad waktu Malaysia).

"Saya sangat gembira dengan pencapaian mereka. Tak boleh hendak gambarkan betapa gembiranya saya," kata Jaganathan ketika dihubungi Bernama.

Mengenai pencapaian Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang menyumbang pingat emas pertama dalam acara 100 meter T36 lelaki (cerebral palsy), Jaganathan mengakui agak gusar pada awalnya memandangkan atlet itu tidak membuat pemanasan badan yang baik. 

"Terus terang saya katakan, saya agak takut juga dia tidak dapat memberikan persembahan terbaik. Pemanasannya tidak berapa bagus...tapi dia (Mohamad Ridzuan) mempunyai keyakinan diri dan semangat yang tinggi,"  katanya.

Acara olahraga Sukan Paralimpik di Rio yang berlangsung di Stadium Olimpik itu, menyaksikan Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadam rekod kejohanan 12.25s milik Roman Pavlyk dari Ukraine yang dilakukan di Beijing, China pada 2008.

"Apabila dia menang emas, saya menangis. Ia tekanan kepada diri saya sendiri juga...ini pingat emas pertama untuk Malaysia.

"Ini pengorbanan dia dan semua pihak yang terpaksa meninggalkan keluarga untuk ini (kejayaan pingat emas)," kata Jaganathan.

Sejam selepas kemenangan Mohamad Ridzuan, langkah cemerlang atlet Malaysia diteruskan Muhammad Ziyad Zolkefli melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran).

Lebih manis, pemenang pingat gangsa pada edisi ke-14 di London pada 2012 itu mencipta rekod baharu dunia dalam percubaan pertamanya dengan jarak lontaran 16.40m, sekali gus memadam rekod dunia dan rekod kejohanan milik Todd Hodgetts dari Australia iaitu 16.29m yang juga dilakukan London.

Atlet berusia 26 tahun itu terus cemerlang dan memperbaiki rekod dunia dengan jarak 16.84m pada percubaan kelimanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: R.Jaganathan , Sukan paralimpik , jurulatih

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan