Pencapaian Tertinggi Atlet Elit Paralimpik - MSN

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2016 9:32 PM

Kontinjen negara pada Sukan Paralimpik di Rio.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan meraih dua pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, adalah pencapaian terbaik Majlis Sukan Negara (MSN) selepas sembilan tahun melaksanakan program prestasi tinggi bagi atlet kelainan upaya.

"Ini pencapaian terbaik (raih dua pingat emas). Ini pencapaian tertinggi Cawangan Paralimpik MSN selepas melaksanakan program prestasi tinggi bagi atlet kelainan upaya sejak 2007," kata pengarahnya Mohd Safrushahar Yusoff kepada Bernama.

Mohd Safrushahar, yang kini berada di Rio de Janeiro bersama-sama kontinjen negara, berkata sejak dilaksanakan pada 2007, prestasi atlet di bawah program itu, tidak pernah mengecewakan dalam mana-mana kejohanan disertai mereka.

Untuk rekod penyertaan Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik, atlet dibawah program itu berjaya meraih satu pingat gangsa melalui Siow Lee Chan dalam acara powerlifting di Beijing, China pada 2008.

Empat tahun berikutnya di London, atlet elit paralimpik berjaya meraih satu perak melalui Hasihin Sanawi dalam acara recurve W1/W2 lelaki, serta satu gangsa melalui Muhammad Ziyad dalam acara lontar peluru F20.

Mohd Safrushahar berkata untuk Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, beliau sangat berpuas hati kerana hampir keseluruhan atlet melayakkan diri secara merit dan hanya beberapa melalui kelayakan 'bipartite', iaitu kelayakan berdasarkan ranking dan pencapaian atlet di peringkat antarabangsa.

Mengenai pencapaian dua pingat emas itu pada Sabtu, beliau berkata ia kejayaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Semua rakyat Malaysia yang berada di stadium termasuk Tun Jeanne Abdullah (Penaung Majlis Paralimpik Malaysia) menitiskan air mata ketika bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku...semua berasa bangga dan merasai kepuasan dengan kejayaan itu.

"Kejayaan ini juga telah banyak membuka mata masyarakat untuk tahu, mengenali dan menyokong atlet kelainan upaya. Mereka ini luar biasa," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Paralimpik , Atlet elit

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan