Detik Manis Lagu Negaraku Berkumandang Di Rio

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2016 11:07 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Buat pertama kali dalam sejarah, lagu Negaraku berkumandang di bumi Brazil apabila dua atlet negara menyumbangkan pingat emas pada Paralimpik Rio, dengan satu daripadanya mencatat rekod baharu dunia.

Pingat emas pertama disumbangkan oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pada Sabtu di Rio de Janeiro, (Ahad di sini) dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dan disusuli, pingat emas kedua diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Detik-detik manis lagu Negaraku bergema di Stadium Olimpik Rio sempat dirakamkan apabila Ridzuan menaiki podium untuk menerima pingat dan video amatur itu sudah disebarkan dalam laman sosial oleh peminat sukan tempatan sejak pagi Ahad.

Peminat sukan tanah air juga menyatakan menghamburkan pujian terhadap kejayaan bermakna itu selain meluahkan rasa sebak mereka apabila melihat saat-saat gemilang itu dirakamkan.

Pengguna Facebook bernama Sis Aida menerusi komennya berkata, dia berasa seperti ingin menangis apabila menonton video itu dan meluahkan rasa bersyukur terhadap kemenangan atlet tersebut.

Seorang lagi pengguna yang menggunakan nama akaun Zurah Hussin berkata, kejayaan dua altet tersebut merupakan detik-detik yang sangat hebat dan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan mereka.

Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas dalam kejohanan dunia itu selepas hanya meraih pingat perak dan gangsa pada paralimpik sebelum ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan