Khairy Bangga Kemenangan Bersejarah Di Paralimpik Rio

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2016 9:38 AM

Mohd Ridzuan Mohd Puzi (kiri) dan Ziyad Zolkefli (kanan).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memuji altet negara kerana mencipta sejarah di Sukan Paralimpik Rio di Brazil.

Pingat emas pertama dimenangi oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), manakala Muhammad Ziyad Zolkefli memenangi pingat emas dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

"Kita baharu sahaja dapat EMAS kita. Rekod Paralimpik untuk Ridzuan Puzi! Sejarah dicipta malam ini!

"Terima kasih Ridzuan Puzi. You are our HERO!!!," kata Khairy di akaun Twitter pada Ahad.

Khairy turut gembira dengan Ziyad yang memecah rekod dunia.

Menurut Khairy di Twitter: "Satu lagi emas untuk Malaysia! Ziyad dapat emas dan rekod dunia!"

Malaysia pernah memenangi pingat pada paralimpik sebelum ini tetapi hanya perak dan gangsa.

Di Stadium Olimpik Rio, Mohamad Ridzuan memecut ke garisan penamat 100m T36 dengan catatan 12.07 saat mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah Brazil (12.54s).  

Muhammad Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 meter untuk mencipta rekod dunia dan memungut emas dalam cubaannya yang kelima.

Muhammad Ziyad memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.

Dimitrios Senikidis dari Greece memenangi pingat perak dalam acara itu di Rio dengan lontaran 16.17m dan Hodgetts meraih pingat gangsa dengan lontaran 15.82m.

Ridzuan dan Ziyad bakal menjadi jutawan atlet Paralimpik pertama negara di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN).

Kedua-duanya turut bakal menerima elaun bulanan RM5,000.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan