Paralimpik Rio: Abdul Latif Raih Emas Ketiga Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2016 11:37 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Abdul Latif Romly meraih pingat emas ketiga buat negara pada aksi akhir acara lompat jauh T20 (kurang upaya intelektual) lelaki dengan catatan 7.60 meter sekaligus memecah rekod dunia.

Atlet kelahiran Perlis berusia 19 tahun itu mencatat 7.47m pada lompatan keduanya yang turut memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri (7.35m) yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga IPC di Doha tahun lalu, manakala rekod Sukan Paralimpik 7.25m dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol pada edisi 2012 di London.


Namun Abdul latif yang pernah mencatat rekod 7.46m ketika aksi Sukan Malaysia (Sukma) baru-baru ini terus melakukan lompatan lebih jauh pada aksi ketiga dengan 7.54m.

Manakala pada lompatan keempat Abdul Latiff hanya mencatat 6.79m.

Bagaimana pun lompatan kelima Abdul Latif lebih jauh cemerlang apabila berjaya merakam rekod terbaharu dunia dengan 7.60m dan meraih emas ketiga buat Malaysia.

Pingat perak acara itu diraih Zoran Talic dari Croatia dengan 7.12m dangangsa menjadi milik Dmytro Prudnikov dari Ukraine dengan 6.99m.

Sebelum ini, emas pertama dimenangi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dan pingat emas kedua diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru. 


Tags / Kata Kunci: Abdul latif , Emas ketiga , paralimpik Rio

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan