OCM Pertimbang Tubuh Suruhanjaya Penyelarasan Sukan SEA 2017

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 10:11 AM

Tunku Imran Tuanku Ja'afar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (OCM) mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Penyelarasan Sukan SEA 2017 bagi membantu pihak sekretariat mengendalikan sukan dwi-tahunan itu dengan lancar.

Presiden OCM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata, suruhanjaya itu yang bakal dipengerusi beliau akan mengandungi antara lima atau tujuh individu yang mempunyai pengalaman luas dalam Sukan SEA atau Sukan Komanwel.

"Suruhanjaya ini bukan cuba campur tangan dengan apa yang akan dilakukan Sekretariat Sukan SEA, cuma untuk membantu mereka menentukan sukan itu berjalan lancar.

"Kita perlukan orang berpengalaman untuk menyelia sama ada sekretariat benar-benar melaksanakan kerja mereka oleh kerana kejayaan sukan itu adalah keutamaan kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif OCM di sini Selasa.

Tunku Imran berkata OCM prihatin terhadap kemajuan projek renovasi venue-venue sukan, sama ada ia dapat disiapkan mengikut jadual.

"Kita juga belum memuktamad venue bagi masing-masing sukan, soal pengangkutan dan hotel.

"Kita perlu menyelesaikan isu-isu ini dengan segera, memandangkan tempoh 11 bulan dari sekarang tidaklah panjang," ujar beliau.

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dijadual berlangsung dari 19-31 Ogos. - BERNAMA


iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan