Sukan Olimpik Ubah Pandangan Syarikat Swasta - KJ

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 4:08 PM

Milo menjadi penaja Perak untuk Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean kali kesembilan pada tahun depan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin lebih ramai syarikat swasta akan tampil sebagai penaja untuk Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean kesembilan yang dijadualkan berlangsung pada Ogos dan September 2017 di Kuala Lumpur.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata peningkatan itu disebabkan pencapaian luar jangka atlet Malaysia pada temasya Olimpik Rio pada bulan lalu.

"Buat masa ini ada lebih 10 syarikat menjadi penaja. Namun saya yakin penajaan (syarikat) swasta ini akan bertambah dalam bulan-bulan akan datang selepas mereka melihat Sukan Olimpik bahawa sukan boleh menyatukan rakyat Malaysia," katanya pada sidang media selepas pengumuman Milo selaku penaja Perak untuk dua temasya penting itu di sini, Isnin.

Menurut Khairy, Sukan Olimpik di Rio de Janeiro turut berjaya mengubah pandangan syarikat swasta yang sebelum ini tidak pernah terfikir mahu menjadi penaja dalam bidang sukan.

"Banyak syarikat yakin sukan kini menjadi platform terbaik dan penting kepada mereka untuk menyampaikan sesuatu produk kepada masyarakat," katanya.

Khairy berkata, penganjuran temasya Sukan SEA khususnya turut mendapat perhatian sebuah syarikat antarbangsa yang mahu menjadi penaja acara tersebut.

"Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Ke-29 (Masoc) sedang giat mendekati lebih banyak syarikat swasta. Saya yakin dalam tempoh terdekat kita akan umumkan sebuah syarikat antarabangsa yang akan jadi penaja untuk Sukan SEA kali ini," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan negara dalam menganjurkan dua acara penting itu, Khairy berkata segalanya berjalan dengan lancar.

"(Lokasi) Bukit Jalil masih dalam proses penambahbaikan dan hanya akan siap pada Jun depan. Kemudahan lain turut ditambah baik," katanya.

Jelas beliau, semua lokasi yang akan digunakan untuk temasya sukan itu dikenal pasti dan telah dimuktamadkan.

"Hanya satu atau dua pertukaran atas permintaan akan kita penuhi. Namun kita sudah bersedia (untuk jadi tuan rumah)," katanya.

Terdahulu, Khairy menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penajaan di antara Masoc dengan Milo, syarikat minuman malt coklat yang sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia.

Katanya, Milo menaja lebih RM7 juta untuk dua acara sukan terbesar itu dengan RM700,000 dalam bentuk wang tunai, RM500,000 dalam bentuk produk dan lebih RM6 juta dalam usaha pemasaran temasya sukan dwitahunan tersebut kepada masyarakat.



Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Milo , Sukan SEA Ke-29

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan