Pandelela Terima Habuan Bernilai RM1.3 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2016 8:16 PM

Pandelela Rinong menerima kunci condominium berharga RM700,000 daripada sebuah syarikat swasta pada majlis sambutan perenang kelahiran Sarawak tersebut di Dewan Suarah pada Sabtu. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah (empat, kiri). Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menerima habuan berjumlah RM1.3 juta daripada pihak swasta dan kerajaan negeri atas pencapaian pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, bulan lepas.

Anak kelahiran Sarawak itu dihadiahkan sebuah kondominium berharga RM700,000 oleh sebuah syarikat swasta di samping insentif RM500,000 oleh kerajaan negeri dan RM100,000 daripada sebuah lagi syarikat swasta.

Unit kondominium yang dilengkapi perabot itu terletak di Bandar Baharu Batu Kawah di sini dihadiahkan oleh Tenaga Stabil Sdn Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Stabil, Hong Boon Swee menyerahkan kunci unit kondominium berkenaan kepada Pandelela sempena majlis sambutan atlet berkenaan di Dewan Suarah Kuching pada Sabtu.

Di samping itu, kawasan kediaman kondominium itu turut dinamakan sebagai Pandelela Rinong's Residence.

Pada Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, bulan lepas, Pandelela bersama Cheong Jun Hoong merangkul pingat perak dalam acara 10m platform seirama.

Sementara itu, pada majlis sama, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas mengumumkan insentif sebanyak RM500,000 kepada Pandelela daripada kerajaan negeri.

Selain itu, Pusat Akuatik Negeri di Kompleks Sukan Petra Jaya di sini dinamakan sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong, katanya sambil menyatakan penghargaan atas kejayaan Pandelela mengharumkan nama negara dan negeri Sarawak.

Dalam pada itu, sebuah syarikat tempatan, Techninier Sdn. Bhd turut memberi insentif sebanyak RM100,000 kepada atlet itu.

Pandelela, dalam ucapan ringkas pada majlis itu, berkata beliau amat berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya rakyat Sarawak kerana sentiasa mendoakan kejayaan beliau.

Katanya beliau gembira kerana segala pengorbanannya selama ini berbaloi sehingga berjaya membawa balik  pingat dari Sukan Olimpik Rio.

Kira-kira 500 orang menyambut ketibaan Pandelela di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan di Dewan Suarah Kuching. -Bernama

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan