Atlet Paralimpik Malaysia Sambut Hari Kebangsaan Di Rio De Janeiro

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 12:34 AM

Atlet paralimpik negara yang akan menyertai temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro mengadakan majlis ringkas sambutan Hari Kebangsaan ke-59 di hadapan hotel penginapan mereka. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kontinjen paralimpik negara yang tiba di Rio de Janeiro, Brazil pada Selasa, tidak ketinggalan meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-59 pada Rabu.

Menurut laman Facebook Majlis Sukan Negara (MSN), sambutan ringkas itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti laungan keramat "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" di hadapan hotel penginapan sementara mereka.

Sesi motivasi pagi itu dikendalikan Pengarah Bahagian Paralimpik MSN, Mohd Safrushahar Yusof dan Pengarah Bahagian Sains Sukan Institut Sukan Negara (ISN), Dr P. Vellapandian.

Kesemua atlet dan jurulatih turut melakukan aktiviti regangan dan bersiar-siar sekitar hotel pagi tadi, sebelum bertolak ke Perkampungan Sukan yang dibuka secara rasmi pada Rabu.

"Biarpun terpaksa melalui perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Rio de Janeiro, mereka jelas teruja dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan untuk mencapai misi yang ditetapkan," kata entri terkini di laman Facebook berkenaan. 

Seramai 21 atlet bakal membawa cabaran negara pada Sukan Paralimpik kali ini, dengan misi memburu pingat emas pertama dalam temasya sukan terbesar untuk atlet kelainan upaya itu.

Kesemua atlet berada di tahap memuaskan dan bebas daripada kecederaan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: atlet paralimpik

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan