Sukan Mampu Satukan Rakyat Malaysia - Olimpian Negara

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2016 12:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sokongan padu rakyat berbilang kaum terhadap Olimpian negara membuktikan acara sukan mampu menyatupadukan rakyat, kata jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Pemenang pingat perak acara perseorangan Sukan Olimpik untuk kali ketiga berturut-turut itu juga berharap sokongan sama akan berterusan kepada tlet negara walaupun beliau tidak lagi akan beraksi di Sukan Olimpik.

"Saya sangat gembira dengan sokongan rakyat, tidak mengira apa bangsa  pun...Melayu, Cina dan India. Kita sama-sama satu Malaysia," katanya ketika ditemui Bernama selepas Amanat Merdeka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam Selasa.

Menurut pemain berusia 33 tahun itu, pencapaian empat pingat perak dan satu gangsa adalah hadiah terbaik daripada atlet negara untuk sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

"Pencapaian di Sukan Olimpik Rio adalah pencapaian terbaik kontinjen negara dalam sejarah Sukan Olimpik. Sebelum ini hanya satu atau dua pingat. Ini hadiah untuk negara," katanya.

Terdahulu, pemain nombor satu dunia itu menerima tepukan gemuruh hadirin dan tidak kurang juga ada peminat sukan badminton yang menjerit-jerit nama Chong Wei sebaik sahaja beliau tiba untuk menghadiri majlis tersebut.

Majlis turut dihadiri Olimpian yang menyumbang pingat di Rio seperti Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon dan Mohd Azizulhasni Awang serta atlet lain.

Sementara itu, Pandelela yang bersama Jun Heong menyumbang pingat perak acara 10 meter platform seirama, juga sependapat dengan Chong Wei.

"Sokongan padu rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa sangat jelas  ditunjukkan selepas kami (Pandelela dan Jun Hoong) meraih pingat pertama untuk Malaysia di Rio.

"Memang telah terbukti (sokongan padu rakyat). Saya sangat terharu dengan sokongan mereka. Ramai yang memberi sokongan dan mengucapkan tahniah melalui media sosial," katanya.

Pemenang pingat gangsa acara berbasikal keirin lelaki, Mohd Azizulhasni turut menyambut baik Amanat Merdeka Perdana Menteri itu.

Beliau yang dikenali dengan jolokan 'The Pocket Rocket Man' berkata sebagai rakyat Malaysia beliau menyokong amanat itu dan menyeru semua rakyat negara ini mengeratkan lagi silaturahim dan ikatan perpaduan antara kaum.

"Saya sangat bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi sejak sekian lama," katanya.

Beliau juga berasa bangga setiap kali berada di luar negara kerana negara lain sangat menghormati Malaysia kerana rakyatnya mampu hidup bersatu walaupun terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Sementara itu, Peng Soon yang bersama Goh Liu Ying meraih pingat perak beregu campuran, turut melahirkan rasa bangga menjadi rakyat negara ini dan menganggap Amanat Merdeka yang disampaikan Perdana Menteri membakar lagi semangatnya untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang.

"Menerima penghargaan daripada Perdana Menteri dan selepas mendengar amanat itu membuatkan saya mahu lebih berusaha dan inginkan kejayaan yang lebih gemilang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan