HSN21KM Sasar 15,000 Peserta

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 7:22 AM

Khairy (kanan) menunjukkan jersi Hari Sukan Negara 21 Kilometer (HSN21KM) 2016 bernombor M00010 miliknya, yang diterima daripada Presiden Kumpulan Muse Asia, Zulkarnain ketika pelancaran HSN21KM di Menara Kementerian Belia dan Sukan. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penganjur acara maraton HSN21KM, Muse Group Asia menyasarkan 15,000 peserta akan menyertai acara itu yang julung kali diadakan.

Larian sejauh 21 kilometer itu akan diadakan di Dataran Merdeka pada 8 Okt sempena sambutan Hari Sukan Negara.

"Sebelum ia dilancarkan hari ini, kami menerima 6,000 penyertaan. Kami menjangkakan penyertaan 15,000 peserta sebelum tarikh tutup pada 15 Sept atau lebih awal daripada itu jika kapasiti maksimum dicapai," kata Presidennya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dalam ucapannya.

Pelancaran HSN21KM secara rasmi disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Galeri KBS, di sini.

Pemenang kategori terbuka 21km Lelaki dan Wanita akan menerima wang tunai RM7,000.

"Di samping itu bagi peserta tempatan, yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan separuh maraton bagi kategori lelaki dan wanita, mereka akan membawa pulang insentif wang tunai RM20,000," kata Megat Zulkarnain.

Rekod kebangsaan separuh maraton bagi kategori lelaki dipegang oleh M. Arul Thevar dengan catatan masa 1 jam, 7 minit dan 59 saat (1'07:59s) yang direkodkan di Ipoh pada 2004, manakala bagi kategori wanita, Norlida Ismail mencatatkan 1'27:15s di Arafura Games, Australia pada 2005.

Selain acara utama, HSN21KM juga termasuk larian 10km dan 5km, larian yang menyeronokkan yang direka sebagai lari berhalang.

Maklumat lanjut mengenai HSN21KM, boleh layari di laman web rasmi penganjur  www.hsn21km.com.

Tags / Kata Kunci: HSN21KM , Hari Sukan Negara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan